Tuesday, November 2, 2010

Remaja dianggap Ibu



assalamualaikum...


lama tak update blog.. hmm.... hari ni, malam ni.. tepat jam 1.42 pagi, 3 oktober 2010 aku akan bakal menduduki final exam acc 206-financial accounting (subject yang menyakitkan kepala) pada pukul 2 petang nnt..


~semoga Allah permudahkan~


aku nak study, tapi ada benda yang dikatakan oleh rakan sekuliahku yang membuatkan aku terhenti daripada belajar...


aku sering dianggap sudah berkahwin, matang, dah ada anak, macam mak cik dan sebagainya kerana sikapku sememangnya macam 'mak cik- mak cik' -- kata kawanku..


mungkin aku sering berkawan dan 'hangout' dengan orang dewasa dan mak-mak waktu kecik dulu.. aku bukan macam kawan-kawanku yang lain.. aku dibesarkan dengan suasana mak cik- mak cik...
~jadi, tak hairan lah aku digelar dengan kata-kata macam tu..~


sikit pun tak terasa. cume, kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku tidak boleh bersikap seperti remaja lain yang umurnya 21 tahun? Aku tahu ada hikmahnya aku bersikap macam ni..ada yang suka.. mudah mesra, ramah, banyak cakap, dan suka beri nasihat..


~ aku kadang-kadang merasa aku telah menjadi seorang ibu.. pelik kan? tapi itu lah yang aku rasa... aku bersikap seperti seorang ibu, berperasaan seperti seorang ibu... aku selalu pelik kenapa aku sayang semua kawan-kawan ku seperti anak sendiri.. padahal aku tak kahwin lagi... =)


~kadang-kadang perasaan ni seperti tidak dapat dikawal lagi.. perasaan kasih sayang aku terhadap sahabat-sahabat  ni terlampau kuat... aku pelik, kenapa aku begini... aku tak tahu nak salurkan pada siapa kasih sayang yang banyak ni... kesian sahabat-sahabat yang menjadi mangsa pelukku, mangsa ciumku dan mangsa kasih-sayangku... aku ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima kasih saynagku ini...


~kadang-kadang apa ynag kita nak, kita tak kan dapt, tapi apa yanga kita tak nak, itu la yang kita dapat. ini lah KEHIDUPAN...


HIDUP INI MEMANG TAK ADIL....
   TAPI ALLAH MAHA ADIL....


MOHONLAH PADA DIA.....


~aku tahu, segala yang Allah bagi pada aku, walaupun perit sebab tak seperti remaja lain, tapi aku tetap bersyukur... aku diberi peluang untuk memebri kasih sayang pada adik-adik yang baik dan comel... ^_^


~sampai ada yang kata aku ni macam kakak kandung dia la, mak dia la n macam -macam lagi... ini yang buat aku seronok sebab dapat menggembirakan hati orang lain...~


---ini hanya luahan hatiku.... hanya untuk simpananku seorang...andai terlepas kepada orang lain, aku mohon dirahsiakan...~


---umi, nabilah harap umi dapat baca luahan hati nabilah ni.,...~