Sunday, July 29, 2012

Menangis kerana Allah




Hari ini, buat kesekian kalinya aku menangis lagi..
Menangis dan terus menangis..
Tanpa dapat ku tahan...
Ibarat terduduk dan tak mampu nak bangun




Sepanjang malam aku menangis.. Aku cuba untuk tidak menyalahkan sesiapa dan aku  cuba untuk menerima taqdir ini.. Sesungguhnya ianya AMAT payah.. Hati ini ibarat tidak merelakannya... Allah, bantulah aku...


Aku akur, inilah masa untuk aku bermuhasabah; Tapi tak kusangka ianya akan sehebat ini. Sejujurnya aku katakan, aku tidak cukup kuat untuk hadapinya.. Hadapi sebuah kenyataan..


Beberapa 'nota kecil' dari sahabat telah membuatku 'down' buat seketika.. Dan mereka mengharapkan aku untuk terus gembira seperti selalu keesokannya.. Siapa yang bisa berbuat demikian???


"Cakap memang mudah sis, tapi cuba laksanakannya... Lidah memang tidak bertulang" Aku hanya mampu bermonolog... Tak sanggup untuk berkata apa-apa saat itu..


"Kami menegur kerana ianya tanggungjawab kami dan ramai sahabat yang bercakap benda ni.. Kami menegur kerana kami sayang pada akak".. Aku terpana sebentar..


Aku tak mampu nak buat apa-apa, hanya mampu berkata dalam hati :

"Bukan Ini Caranya..!!"



Beberapa hari aku menjadi murung.. Buku karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Di Hamparan Shamrock; Ku Seru NamaMu menjadi peneman setia..


Ianya berkisar tentang perjalanan hidup Ustaz Hasrizal yang penuh dengan dugaan dan cabaran... Sungguh cekal Ustaz ini.. Jika aku berada di tempatnya, belum pasti aku mampu menjadi sekuat dirinya.. Timbul rasa kagum pada ketabahan dan kebergantungannya kepada Allah dalam menghadapi ujian tersebut..


Beberapa kali aku menangis membaca tulisan beliau; terasa betapa lemahnya aku, baru diuji sedikit aku sudah melatah... Aku mencari sebab kenapa aku di uji sebegitu rupa.. Adakah aku ini teruk sangat?? Adakah aku ni banyak dosa dan hati ku sudah hitam?? Aku bingung. Air mata terus mengalir.


Aku jumpa jawapan yang membuaku sedar.. Bait-bait kata dalam buku tersebut membuatku menangis kesekian kalinya untuk hari itu..

"...Pahit tetapi mujarab untuk 'menjatuhkan diri'. Jatuh ke tanah, sesuai dengan hakikat diri. Rupa-rupanya Allah mahu saya jatuh lebih lagi. Tidak cukup dengan terduduk, perlu tersembam. Bukan mudah mhu menyedarkan diri bahawa engkau hanya Abdullah. Hamba Allah.."

Allah, terasa benar ayat itu, dan kena denganku.. Allah mentaqdirkan buku itu untuk bersama ku saat aku sedang sukar.. Dia mahu aku sedar bahawa aku hanya HAMBA sahaja.. Dia mahu aku tersembam, bukan setakat terduduk.. Barangkali kerana aku semakin ego, sombong dan angkuh di dunia ini..


Allahurabbi.. Aku menghadapi kesukaran untuk menenangkan diri bila terbayangkan betapa banyak dosaku dan Dia mahu aku sedar..


Kini, aku hanya mampu berdoa agar aku diberi kekuatan untuk berhadapan dengan keyakinan kerana hati ku ini mudah sekali untuk rapuh.. Aku cuba untuk redha, tapi untuk kembali seperti dahulu amat payah, kerana luka di hatiku telah meninggalkan parut yang begitu besar dan dalam..
Yes, I do believe that all this wil make sense in the future.. Buat masa sekarang 'silent treatment' menjadi pilihanku.. Aku takut andai hati ini belum benar-benar di ubati, pasti akan menyakitkan hati orang lain..


Pasti ada hikmahnya semua ini berlaku di bulan yang Mulia ini. Aku yakin dan percaya ada cahaya menantiku di hujung terowong ini..


Cuma ingin aku peringatkan pada sahabat-sahabat yang ingin menegur, beristighfarlah sebelum menegur, takut teguran itu menjadi satu teguran yang membunuh, dan bukan membina..


Bak kata pepatah orang putih;


"What Goes Around Comes Around"


Jadi, beringatlah.. Setiap kita akan di uji dengan kata-kata, begitu juga dengan teguran kita pada orang lain.


"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi ra`jiun". Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (al-Baqarah: 155-157)


..La Tahzan. Allah bersamamu..

Saturday, July 21, 2012

''Maaf":: Bukan sekadar 'Lips Service'



Maaf.. Satu perkataan yang begitu mudah untuk dituturkan..
Kita sering meminta maaf... Tapi, hakikatnya??















Meminta maaf merupakan satu perbuatan yang baik, dan sangat digalakkan dalam Islam..Kita juga sering disajikan dengan hadis dan ayat al-quran tentang betapa Islam memuliakan orang yang pemaaf..

“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.” (Hadis Riwayat Hakim) 


Memaafkan dan melupakan kesalahan orang yang pernah membuat kesilapan kepada kita amat-amat dituntut dalam Islam.. Orang yang pemaaf dijanjikan syurga yang amat manis..


"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan TuhanMu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik pada waktu lapang mehupun pada waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (Al-Imran: 133-134)


Tapi.. Pada hari ini, bukan sifat pemaaf yang ingin ku bicarakan.. Aku pasti ramai yang sudah tahu mengenai kebaikan menjadi seseorang yang pemaaf..
Tapi, yang aku ingin bicarakan ialah, sejauh mana kita mengikhlaskan diri untuk meminta maaf..!!
Sahabat-sahabatku sekalian, jangan jadikan perkataan maaf itu sekadar di bibir sahaja.. It is not Lip Service, where you can say it anytime, anywhere, without even understand its meaning..
* Fikirlah, bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri.
* Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana.
What hurts me the most is not because someone apologize, but its because he/she does not mean it.. "Sorry" is just something that is easy to say, but hard to be proven.. That is why they keep on asking for forgiveness instead of trying to make it up to the person they hurt..
Jadi, Sila la ~Bertekad untuk tidak mengulanginya lagi~..
Andai kita berbuat dosa kepada Allah dan ingin bertaubat nasuha, kita harus ikuti syarat-syaratnya;
1. Menyesali akan dosa-dosa yang dibuat.
2. Bersegera meninggalkan dosa tersebut.
3. Berazam dan bertekad untuk meninggalkannya buat selama-lamanya.
Kenapa tidak kita amalkan syarat-syarat ini apabila meminta maaf dengan manusia??
Kenapa kita memandang remeh akan perkara ini??
Adakah kerana ianya dosa dengan manusia dan bukan dengan Allah??
::Jangan perlekehkan dosa anda dengan manusia::

:::Ramadhan kembali lagi:::



Ramadhan...
Ianya kembali lagi..
Ramadhan kali ini terasa sunyi sekali..
Kehadirannya hampir-hampir tidak dirasai..
Seolah-olah ianya bulan yang mendatang seperti bulan-bulan yang sebelumnya..

Persiapan untuk Ramadhan pun aku tak buat..
Tapi, aku sering berdoa;

"Ya Allah, tingkatkanlah imanku di bulan ini...  Bantulah aku agar puasa ku di bulan ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.. Aku tidak kuat untuk hadapinya.. Aku takut aku tewas.. Imanku hanyalah senipis kulit bawang, menanti masa untuk rosak.. Maka, bantulah aku Ya Allah...

Aku harap sangat agar Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas.. Umurku sudah hampir 23 tahun, aku khuatir andai tiada lagi Ramadhan buatku selepas ini.."



Ramadhan pertama aku sambut bersama keluargaku.. Terasa meriah, Indah dan seronok sekali berpuasa bersama keluarga.. Sudah hampir 2 bulan aku tidak ketemu mereka.. Walaupun rumah dekat, tapi jarang-jarang berada di rumah..


Ramadhan pertama tahun ini sangat bermakna buatku.. Semua ahli keluargaku berkumpul di rumah.. Memang susah nak kumpulkan 9 beradik pada satu masa..


Terima kasih Allah.. Aku bersyukur walaupun masaku di sini tidak lama.. Walaupun esok aku akan bertolak ke Shah Alam..


Azamku Ramadhan ini adalah untuk mengqada`kan semua solat-solat fardhu yang tidak lengkap semenjak aku baligh lagi.. 


Ya Allah, Ramadhan membawa seribu makna, sejuta kelebihan dan tidak ternilai maknanya andai kita menghayatinya.. Seperti sabda Rasulullah s.a.w;


"Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka di tutup, syaitan dirantai."


Ini adalah bulan di mana kita dapat menilai siapa diri kita sebenar.. Bagaimana kita lalui kehidupan kita di dunia ini.. Adakah dalam jalanNya atau tidak..


Muhasabahlah kembali sahabat-sahabatku.. Jangan jadikan bulan ini seperti bulan-bulan sebelum ini..Ubahlah diri.. Perbaiki lah amalan.. Menangislah Kerana Allah di bulan ini..

"Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadhan, apabila habis Ramadhan, hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan dosa-dosanya.." (Hadis Rasulullah)

Hidup kita di dunia ini tidak lama, Allah boleh tarik nyawa kita bila-bila masa sahaja yang Dia nak..Tidakkah sahabat-sahabat mahu andai kita mati dalam keadaan kita beriman padaNya?? 


Kadang-kadang Allah berikan hujan dan ribut pada kita.. Sesekali Allah kurniakan petir.. Kita jadi risau, sedih, takut.. Tapi, selepas hujan, rupa-rupanya Allah hadiahkan kita bulan..


Barangkali, inilah 'bulan' tersebut..


Sahabat-sahabatku.. banyakkanlah baca doa ini;


"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku"


Jangan, apabila habis bulan Ramadhan, Al-quran tidak khatam, Qiamullail tidak dilaksanakan, Solat tidak khusyuk, Puasa tidak sempurna, Amalan tidak dipertingkat, Hubungan tidak diperbaiki dan Semuanya menjadi sia-sia..


Aku menyeru pada semua yang membaca blogku.. Jangan biar Ramadhan tinggalkan kita dalam keadaan dosa kita tidak di ampun..




::Salam Ramadhan::

Saturday, July 14, 2012

Wanita, Satu penindasan

"A woman may be able to change the world, but she will never be able to change a man." 
 Amy Snowden


" Lelaki perlu untuk ego untuk maruah diri sendiri. Perempuan kalau ego dia tunjuk belang, besar kepala"

"Antara wanita dan lelaki, Wanitalah yang harus rendahkan egonya, bukan lelaki.!!"


kata-kata di atas sering dilontarkan kepada aku.. Aku tertanya-tanya, kenapa wanita harus dipersalahkan setiap kali berlaku pertelingkahan?? Apa salahku? 

Nak kata ego, masing-masing ada egonya.. Aku pun ada egonya.. Tapi, aku berpegang pada kata-kata ini:

"Aku akan berpegang pada pendirianku sehingga ada yang mampu menunjukkan bahawa aku salah beserta hujah yang kukuh. Kalau tak, jangan harap!!"

Wanita seringkali dianggap golongan yang lembap, serba-serbi lemah; padahal kedudukan wanita mahupun lelaki sama sahaja di sisi Allah..

“Dan barang siapa mengerjakan amal kebajikan, baik laki-laki mahupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidak dizalimi sedikit pun” (An-Nisa:124)


Ketahulah sahabat-sahabatku.. Jangan pandang wanita sebelah mata.. Jangan sesekali kita sangka dia wanita, maka dia lemah, boleh diperkotak-katikkan.. Jangan sesekali..

Dalam Islam pun, Allah angkat martabat insan yang bergelar WANITA.. Jadi SIAPA kita untuk merendahkannya?? Siapa kita untuk MEMPERLEKEHKANNYA??? SIAPA KITA?? BERHAKKAH KITA?? Satu persoalan yang ingin kulontarkan kepada kaum adam..

Rasulullah s.a.w sendiri menegaskan betapa pentingnya wanita ini dilayan dengan lemah-lembut dan kasih sayang. Pesanan ini disampaikan dalam Khutbah Widak di Padang Arafah, pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’:


“…Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia….”


Ya Allah, RahmatMu begitu luas.. Seluas yang tidak mampu kugambarkan.. Aku bukan lah yang terbaik, aku juga bukan lah yang terhebat.. Tapi aku tahu, CaturanMu adalah yang terbaik..


Aku dan lelaki tidak pernah serasi.. Terkadang aku letih..Terkadang terasa dadaku sesak.. Terasa begitu banyaknya dosaku sehingga ada Hijab yang begitu TEBAL antara aku dan mereka.. Ampunilah dosaku..

"Kenapalah wujudnya insan bergelar lelaki.!"

Kerap kali persoalan ini bermain di mindaku.. Aku takut, seandainya.. tanpa kusedari.. Aku mempersoalkan ketentuanMu..

Kuatkanlah Imanku agar aku tidak terus mengeluh dan kembali teguh dengan janjiMu.. 


Ingin kuingatkan pada Kaum Adam!! Jangan anggap kami ni remeh.. Jangan perlekehkan kata-kata kami.. Sesungguhnya kami punya perasaan, punya hati, punya kepercayaan..

Paku, kalau diketuk berulang-ulang kali pada tempat yang sama di dinding, pasti bisa merosakkan dinding tersebut.!! 

Jangan ketuk paku ditempat yang sama berulang kali.. Bahana menanti anda. Walaupun kami kaum yang lemah, dalam hati kami ada satu kekuatan.. Andai kekuatan itu diCABAR, pasti kau akan menyesal..

~Peringatan buat kaum Adam~

Sunday, July 8, 2012

Coolbellup Primary School

Australia...
Perth...
Fremantle...
Coolbellup...
Satu kenangan menggamit hati..


Seringkali aku bermimpi aku berada di sana..
Barangkali aku rindu pada saat-saat di sana, yang terang-terangan jauh berbeza dari Malaysia..


I was there almost three and a half year... although it is not very long, being there has teached a lot of things.. I grew up there.. from 11 until 15 years old..


Its really different there, not comparing to Malaysia but I felt it when I came back to Malaysia in 2004..
The life, friends, teachers, school, surroundings and the community.. Not forgetting the 'aussie slang'..


Whenever I am alone, I kept on thinking of my life in Coolbellup.. I don't know why, but if I ever get the chance to go back there (even just a visit), I would not miss it.. 


Looking back at the time when I first got there..


My dad, two brothers and sister and me arrived in Perth at the end of year 2000. At that time I was about 11 years old, which is 'darjah 5' but over there, I got in year 6 class.. 


I went to a normal Australian school, Coolbellup primary school.. A very small school but very welcoming and warm environment, just like living in the valley.. School starts at 9.00am until 3.00pm. But, there is a break between it. Two breaks. one at 10.30 am and one at 12.30pm..


I was the only one wearing hijab (tudung) in the school and everyone was looking really weird at me, maybe it is their first time seeing a muslim girl, or get closed to.. 


At that time, I couldn't even speak a single word in English, and I don't understand at all what everyone was saying, including the teacher.. It was really hard.. I was REALLY bad in English.. Maybe that's why Allah sent me there..


Alhamdulillah, there was a Malaysian mixed Aussie male student in my class, Azhar (a year younger than me but got into the same class) who was my translater for about a month. Everytime the teacher wanted to tell me something, or ask, she would ask Azhar to translate for her in BM.. It was really embarrassing since I was not able to speak and communicate with them in English..


To my surprise, it only took me about a month to speak fluently.. And, not long after that, I started to speak using Aussie slang.. I once heard that when you are in a foreign country and mixing with the community, soon you will be able to speak just like them.. I guess it is true, since i experienced it... ^^,


The classroom was small, and all year 5, 6 and 7 were combined in one class (since the school is small).. The desk was arranged in 'half a circle' facing the blackboard. There was 2 computers, 1 book shelf and 'small store' in the classroom.. When it was reading time, each one of us must get a book and read... quite fun..


As a muslim, one MUST pray.. Due to this, my dad went and ask for the principal's permission for me to pray in class during break.. So, I actually pray in class during break. I brought along my 'telekung' and pray.. There was this one time, my friend ask if they can watch me when I pray.. Why not, that was a good opportunity to show them the life of a Muslim.. 


In my year 6 and 7 in this school, I played cricket and baseball for my class.. I also learned cooking, painting and art.. In the middle of that year, I teached them how to play 'zero point'.. It was fun introducing the Malaysian game to them.. oh, how I miss that moment. Just playing happily among them..


Since I don't have chemistry with men, I fight a lot with them.. I could still remember the dark history, which leaves a deep revenge toward men.. It feels as if it just happens yesterday...


Adam.. I can still remember his name.. He was a problematic student in school and like to pick a fight with me.. There was this one time, we fought and he pulled my head cover down from the back.. I shouted as hard as I can and cry loudly.. I was shocked.. no one has ever done that to me.. It was racism.. Alhamdulillah, the inner hair cover did not came off..


The teacher gave him a counselling sessions and he was grounded from coming to school for a week.. Even the non-Muslim respect us, not considering which religion they are.. Its called human sense.. That was the first and it was the last.. I hope..


Being in that school with that kind of surrounding, has thought me a lot.. But I was very childish and stubborn at that time. I wanted to win and take revenge on all men, for discrimination.. It was stupid of me.. Almost every male student in that school hated me.. Hated my behaviour..


Now, as I get older and matured, I become wiser. Sometimes I regret of doing what I have done in the past. It doesn't even show the characteristic of a Muslim. It doesn't reflect me as a Muslim.. Deep in my heart, I am praying so that they (the victims) will no be affected by what I have done to them.. They will not look down on all Muslims out there just because of what I did to the in the past..


Whatever happens in the past, I will not regret it (at least I will try).. Its not good, its not what Islam has thought us.. Its just not in line with Islam..


I Don't regret it.. It is a part of TAQDIR.. 


These days, I kept on dreaming of going back there.. Living there... I don't understand what it means.. But I REALLY miss Perth.. Miss it A LOT..




That is the story of my primary school.. It wasn't very interesting but full of lessons.. Maybe next time, I will shared my experienced during my high school..


Oh Allah.. The Al Mighty..
There must be a reason for You to put me in that situations..
Now I understand..


Buat teman-temanku.. Hargailah sesuatu sebelum anda kehilangannya... Buatlah sesuatu sebaik mungkin sebelum anda menyesal.. 


~Pengalaman banyak mengajarku dan membentuk diriku seperti sekarang~