Saturday, July 21, 2012

''Maaf":: Bukan sekadar 'Lips Service'



Maaf.. Satu perkataan yang begitu mudah untuk dituturkan..
Kita sering meminta maaf... Tapi, hakikatnya??















Meminta maaf merupakan satu perbuatan yang baik, dan sangat digalakkan dalam Islam..Kita juga sering disajikan dengan hadis dan ayat al-quran tentang betapa Islam memuliakan orang yang pemaaf..

“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.” (Hadis Riwayat Hakim) 


Memaafkan dan melupakan kesalahan orang yang pernah membuat kesilapan kepada kita amat-amat dituntut dalam Islam.. Orang yang pemaaf dijanjikan syurga yang amat manis..


"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan TuhanMu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik pada waktu lapang mehupun pada waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (Al-Imran: 133-134)


Tapi.. Pada hari ini, bukan sifat pemaaf yang ingin ku bicarakan.. Aku pasti ramai yang sudah tahu mengenai kebaikan menjadi seseorang yang pemaaf..
Tapi, yang aku ingin bicarakan ialah, sejauh mana kita mengikhlaskan diri untuk meminta maaf..!!
Sahabat-sahabatku sekalian, jangan jadikan perkataan maaf itu sekadar di bibir sahaja.. It is not Lip Service, where you can say it anytime, anywhere, without even understand its meaning..
* Fikirlah, bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri.
* Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana.
What hurts me the most is not because someone apologize, but its because he/she does not mean it.. "Sorry" is just something that is easy to say, but hard to be proven.. That is why they keep on asking for forgiveness instead of trying to make it up to the person they hurt..
Jadi, Sila la ~Bertekad untuk tidak mengulanginya lagi~..
Andai kita berbuat dosa kepada Allah dan ingin bertaubat nasuha, kita harus ikuti syarat-syaratnya;
1. Menyesali akan dosa-dosa yang dibuat.
2. Bersegera meninggalkan dosa tersebut.
3. Berazam dan bertekad untuk meninggalkannya buat selama-lamanya.
Kenapa tidak kita amalkan syarat-syarat ini apabila meminta maaf dengan manusia??
Kenapa kita memandang remeh akan perkara ini??
Adakah kerana ianya dosa dengan manusia dan bukan dengan Allah??
::Jangan perlekehkan dosa anda dengan manusia::

No comments:

Post a Comment