Wednesday, February 8, 2012

Aku Anti Lelaki??



Entry kali ini lebih kepada berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai diriku..


Baru-baru ini aku ditegur oleh seorang sahabat.. Die kate:


 "saya tahu akak ni seorang yang baik dan bagus kerjanya, tapi ada satu benda yang saya nak tegur, hubungan akak dengan mislimin. saya tak tahu la kalau akak ada sejarah hitam ke ape, cume tak semua muslimin boleh terima cara akak. saya menegur ni sebab saya sayang sangat kat akak"




aku tersentuh, memang time tu aku tak dapat nak tahan dah.. aku cube untuk tahan menangis, tapi lagi ditahan, lagi banyak yang mengalir.. pada saat itu juga, aku bermuhasabah.. i am so tired of being me..


Dulu aku memang anti lelaki, tapi sekarang dah tak.. tapi tak kusangka bahawa aku belum melepaskan lagi sejarah ku dulu. tempiasnya aku rasa sekarang. sungguh menyeksakan..


memang aku belum buang jauh2 sejarah silamku.. aku takut. aku takut aku tak kuat untuk menghadapinya lagi.. aku sebenarnya takut untuk berhadapan dengan kenyataan.. 


hatiku menjadi keras disebabkan sejarah ku dulu.. Tapi aku betul-betul ingin berubah. berubah menjadi baik. berubah ke arah kebaikan.. Aku ingin untuk berkomunikasi dengan muslimin dengan lebih baik tanpa memerli, mengkritik, memarahi, menjadi diktator ataupun membuat mereka marah dengan sikapku.. 



selepas kena tegur, terus aku mencari sesuatu yang boleh lembutkan hati aku yang sememangnya keras ni.. 


Allah Berfirman:


42:19
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Surat Ash-Shūraá : 19)
aku akan cube untuk melembutkan hatiku ini..
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Ini adalah ujian daripada Allah kepada hambaNya yang dikasihiNya...
Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Allah nak tingkatkan iman aku..
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Aku bersyukur.. sangat-sangat bersyukur kerana aku dikurniakan sahabat-sahabat yang baik, umpama sermin diriku.. umpama penyapu lidi.. saling ikat mengikat antara satu sama lain..  Aku terharu, kerana aku dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang baik.. 
Ya Allah.. Semoga ukhwah yang terjalin antara kami ini sentiasa di bawah lembayung rahmatMu..
Aku menyeru kepada para pembaca sekalian, andai rasa kekurangan, kembalilah kepada Allah.. Dalam apa jua masalah, Islam adalah jalan penyelesaiannya.. usah cari jauh-jauh, selamilah Islam yang kau anuti.. Renungkanlah firman Allah:

“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.



Ayuh sahabat-sahabat sekalian.. kita renungkan sejauh mana kita berusaha untuk memperbaiki hati kita sebelum is parah..

~semoga perkongsian kali ini boleh membantu sahabat-sahabat untuk menjadi lebih baik..~