Thursday, August 9, 2012

Ibarat Jatuh ditimpa tangga

Inilah pepatah yang amat sesuai buatku...
Aku bukan setakat jatuh, tapi ditimpa tangga..
Allahurabbi...

Aku jatuh sakit buat kali kedua, barangkali akibat tekanan jiwa yang melampau..
Demam panas, selsema teruk dan sakit kepala..
Aku terpaksa telan panadol 3 hari berturut-turut untuk membolehkan aku tidur..


Kadang-kala aku mengeluh, kenapa hidupku penuh dengan dugaan, tekanan yang sampai satu tahap, aku hampir berputus asa.. Sesak dadaku.. Hampir buta aku rasa kerana terlampau banyak air mata yang mengalir, membuatku sentiasa dalam keadaan penat dan tak bermaya..

Hidupku dari kecil sehingga dewasa tak pernah kering daripada tekanan.. Sampai terkadang aku mempersoalkan, kenapa aku? kenapa hidupku sentiasa dalam air mata dan pertelingkahan..

Ramai yang selalu 'condemn' aku tanpa mengetahui apa-apa atau bertanya kepadaku..
Ya, aku tahu.. aku banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.. Aku bukan manusia maksum, yang sempurna.. Maka, kenapa kalian tidak boleh terima aku seadanya seperti mana aku cuba untuk terima kalian seadanya??

Walau aku tak mampu, akan ku PAKSA diri ini untuk terima kelemahan kalian, kerana aku juga mahu kalian terima kekurangan diriku..

Tekanan yang kuhadapi sepanjang 23 tahun hidupku menjadikanku agak "KERAS" dan "EGO" dalam pergaulan.. terutama sekali dengan lelaki.. ini kerana aku tidak ada satu pun sejarah manis berhubung dengan lelaki.. 

Dulu akuu sering dibuli sehingga setiap hari aku menangis.. Kini, aku menjadi 'pembuli'.. Aku menjadi keras hati, mulut laser dan tak peduli pada yang lain.. 

Aku sering di caci, di marah dan di herdik.. Zaman persekolahanku juga bukan sesuatu yangg enak untuk dikenang.. Bahkan, kalau diberi peluang, ingin sekali aku lupakan apa yang pernah berlaku dalam hidupku..

Selalu sangat adik-adik kata aku ni tak suka senyum dan serious..

Ya, Aku setuju.. Memang sekarang aku amat payah untuk gembira.. Kerana aku takut bilamana aku gembira, pasti sesuatu yang buruk menantiku selepas itu.. Aku menjadi trauma pada sejarah lampau.. membuatkan aku semakin lemah dari hari ke hari...

Alhamdulillah, hari ini aku berjaya untuk lalui sedikit demi sedikit dengan pertolonganNya...

Cuma aku agak terkilan, Mereka mengutuk aku tanpa mengetahui tentangku.. Jika anda RASA anda mengenaliku, Anda SALAH..

Aku adalahs seorang yang kuat beRAHSIA.. 


Ingin ku katakan kepada dunia yang sentiasa tidak adil padaku.!!
"Akan ku hadapi segala rintangan, cacian, kutukan dan halangan daripada kalian dengan pertolongan dariNya.. Aku tahu Allah ingin dekatkan aku padaNya dan menjadikan aku seorang yang tabah di dunia ini.. Aku TIDAK akan sekali-kali mengalah walau sekuat mana pun badai menimpa.. Kerana Aku ada Dia.. Kalian tidak berhak mengatakan begini dan begitu padaku. Tapi berkatalah padaNya.. kerana Hanya Dia yang mampu mengubah hatiku ini.."

:::Don't Judge A Book By Its Cover!!!:::

Thursday, August 2, 2012

Ya Allah..!! Dia kelaparan..



Karpet Merah yang tak pernah kulihat dihamparkan pada laluan utama.. 
Perhiasan dewan makan yang sungguh cantik dipamerkan..
Khemah-khemah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan memenuhi ruangan parking kenderaan..


Apakah sedang berlaku??
Patut la..


Hari ini boleh ku katakan hari yang bersejarah buat UiTM.. 
Iftar Ramadhan dihadiri oleh Sultan Selangor sendiri dan juga Tnc UiTM..
Pelajar daripada Puncak Alam dan Puncak Perdana juga diimport untuk hadir..
Hanya Tuhan saja yang tahu betapa tidak 'temteramnya' hatiku sewaktu solat
Kepelbagaian bunyi telah meragut kekhusyukanku untuk berhadapan denganNya..
Lalu, aku ke Masjid Seksyen 17 untuk bertarawikh 
Hanya kerana inginkan berkat solat tersebut yang penuh dengan ketenangan..


Tetapi bukan itu yang ingin ku kongsikan.. Apa yang ingin kutulis ialah ibrah daripada peristiwa buka puasa pada petang tadi.. yang cukup menyentuh hatiku..


Kekecohan bermula pada jam 6.30 petang.. dengan staf yang marah pada aku dan geng-geng yang menguruskan iftar dan dengan kecelaruan penempatan untuk iftar buat semua pelajar yang dijemput.. Aku jadi PANAS sebentar.. Tapi aku tahu, semua orang tengah panas, maka aku ambil jalan untuk berdiam diri.. Diam cukup menenangkan keadaan..
Aku cuba untuk berpegang pada kata-kata tersebut.. hmm... 


Selesai sahaja kami berbuka, dengan kurma, air dan dua jenis kuih dan hendak bangun untuk beredar, Tiba-tiba datang sekumpulan mahasiswa ke meja sebelahh kami, lebih kurang 15 orang.. Mereka datang, terus duduk dan mengambil kurma.. berebut-rebut ingin berbuka puasa..


Sungguh aku sebak, masih ada lagi pelajar yang xdapat untuk berbuka.. walaupun dengan kurma dan air. hatiku berbisik;
Ya Allah..!! Dia Kelaparan..


Terasa ingin menangis saat itu melihat mereka dalam kuantiti yang ramai dan berebut-rebut air dan makanan.. Air mata ini ingin mengalir, tapi ku tahan.. Kasihan mereka.. Tidak betah aku duduk sahaja dan melihat. terus ku arah adik-adik yang lain untuk memberi mereka 2 jug air oren limau dan cari mana-mana kuih yang masih berbaki pada meja yang lain untuk diberikan kepada mereka..


Bagaimana aku bisa duduk dan lihat sedangkan saudara seIslamku sedang kelaparan, hatta di depan mata sekalipun.. Sedangkan aku dan sahabat-sahabatku berbuka dengan sempurna.. aku ni kira Alhamdulillah la, dapat semua.. 



Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Aku sangat menderita. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada salah seorang isteri beliau, tetapi mendapat jawapan: Demi Zat yang mengutusmu membawa kebenaran, aku hanya mempunyai air. Rasulullah bertanya kepada isteri beliau yang lain, tetapi mendapat jawapan yang sama. Dan semua isteri beliau member jawapan yang sama: Tidak. Demi Zat yang mengutusmu membawa kebenaran! Aku tidak mempunyai apa pun selain air. Maka rasulullah pun mengumumkan: Siapakah yang mahu menjamu orang ini semoga Allah merahmatinya. Seorang sahabat dari Ansar berdiri dan berkata: Aku wahai Rasulullah! Lalu diajaknya orang itu ke rumah. Sahabat Ansar itu bertanya kepada isterinya: Apakah kamu mempunyai sesuatu? Isterinya menjawab: Tidak . kecuali makanan anak-anakku. Sahabat itu berkata: Alihkanlah perhatian mereka dengan sesuatu. Nanti kalau tamu kita masuk, padamkanlah lampu dan perlihatkanlah seolah-olah kita sedang makan. Apabila ia hendak makan, maka hampirilah lampu dan matikanlah. Mereka pun duduk sementara tamu mereka makan. Pada keesokan harinya, ketika bertemu nabii s.a.w., beliau bersabda: Allah benar-benar kagum terhadap perbuatan kalian berdua kepada tamu kalian tadi malam (Riwayat Abu Hurairah)

Raikanlah sahabat kita yang sedang lapar. jangan hanya pentingkan diri di saat sahabat-sahabat kita sedang lapar.. 

Aku juga berpeluang untuk solat di ruangan rehat cleaner kerana aku request untuk solat di situ.. bukan apa, atas terlampau sesak dengan manusia.. Tak sanggup ku bersesak dengan bising yang amat membingitkan..

Mak cik cleaner pasti pelik dengan 'requestku' itu. Tapi aku tak peduli, aku tak kisah pun nak solat di mana, asalkan bersih dari najis.. Terasa memahami perasaan menjadi cleaner saat aku solat di 'bilik kecil' kepunyaan mereka di bawah tangga..

Allahurabbi.. tak ku sangka aku berpeluang untuk ke situ.. Sungguh, aku sujud syukur bagi berterima kasih di ata speluang ini.. Ianya juga bagus untuk memperbaiki hati dan merendahkan ego bahawa kita hanya Abdullah.!! Hamba Allah semata-mata..

Jangan riak dan bongkak di atas bumi ini..

::Pesanan buat diri::

Sunday, July 29, 2012

Menangis kerana Allah




Hari ini, buat kesekian kalinya aku menangis lagi..
Menangis dan terus menangis..
Tanpa dapat ku tahan...
Ibarat terduduk dan tak mampu nak bangun




Sepanjang malam aku menangis.. Aku cuba untuk tidak menyalahkan sesiapa dan aku  cuba untuk menerima taqdir ini.. Sesungguhnya ianya AMAT payah.. Hati ini ibarat tidak merelakannya... Allah, bantulah aku...


Aku akur, inilah masa untuk aku bermuhasabah; Tapi tak kusangka ianya akan sehebat ini. Sejujurnya aku katakan, aku tidak cukup kuat untuk hadapinya.. Hadapi sebuah kenyataan..


Beberapa 'nota kecil' dari sahabat telah membuatku 'down' buat seketika.. Dan mereka mengharapkan aku untuk terus gembira seperti selalu keesokannya.. Siapa yang bisa berbuat demikian???


"Cakap memang mudah sis, tapi cuba laksanakannya... Lidah memang tidak bertulang" Aku hanya mampu bermonolog... Tak sanggup untuk berkata apa-apa saat itu..


"Kami menegur kerana ianya tanggungjawab kami dan ramai sahabat yang bercakap benda ni.. Kami menegur kerana kami sayang pada akak".. Aku terpana sebentar..


Aku tak mampu nak buat apa-apa, hanya mampu berkata dalam hati :

"Bukan Ini Caranya..!!"



Beberapa hari aku menjadi murung.. Buku karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Di Hamparan Shamrock; Ku Seru NamaMu menjadi peneman setia..


Ianya berkisar tentang perjalanan hidup Ustaz Hasrizal yang penuh dengan dugaan dan cabaran... Sungguh cekal Ustaz ini.. Jika aku berada di tempatnya, belum pasti aku mampu menjadi sekuat dirinya.. Timbul rasa kagum pada ketabahan dan kebergantungannya kepada Allah dalam menghadapi ujian tersebut..


Beberapa kali aku menangis membaca tulisan beliau; terasa betapa lemahnya aku, baru diuji sedikit aku sudah melatah... Aku mencari sebab kenapa aku di uji sebegitu rupa.. Adakah aku ini teruk sangat?? Adakah aku ni banyak dosa dan hati ku sudah hitam?? Aku bingung. Air mata terus mengalir.


Aku jumpa jawapan yang membuaku sedar.. Bait-bait kata dalam buku tersebut membuatku menangis kesekian kalinya untuk hari itu..

"...Pahit tetapi mujarab untuk 'menjatuhkan diri'. Jatuh ke tanah, sesuai dengan hakikat diri. Rupa-rupanya Allah mahu saya jatuh lebih lagi. Tidak cukup dengan terduduk, perlu tersembam. Bukan mudah mhu menyedarkan diri bahawa engkau hanya Abdullah. Hamba Allah.."

Allah, terasa benar ayat itu, dan kena denganku.. Allah mentaqdirkan buku itu untuk bersama ku saat aku sedang sukar.. Dia mahu aku sedar bahawa aku hanya HAMBA sahaja.. Dia mahu aku tersembam, bukan setakat terduduk.. Barangkali kerana aku semakin ego, sombong dan angkuh di dunia ini..


Allahurabbi.. Aku menghadapi kesukaran untuk menenangkan diri bila terbayangkan betapa banyak dosaku dan Dia mahu aku sedar..


Kini, aku hanya mampu berdoa agar aku diberi kekuatan untuk berhadapan dengan keyakinan kerana hati ku ini mudah sekali untuk rapuh.. Aku cuba untuk redha, tapi untuk kembali seperti dahulu amat payah, kerana luka di hatiku telah meninggalkan parut yang begitu besar dan dalam..
Yes, I do believe that all this wil make sense in the future.. Buat masa sekarang 'silent treatment' menjadi pilihanku.. Aku takut andai hati ini belum benar-benar di ubati, pasti akan menyakitkan hati orang lain..


Pasti ada hikmahnya semua ini berlaku di bulan yang Mulia ini. Aku yakin dan percaya ada cahaya menantiku di hujung terowong ini..


Cuma ingin aku peringatkan pada sahabat-sahabat yang ingin menegur, beristighfarlah sebelum menegur, takut teguran itu menjadi satu teguran yang membunuh, dan bukan membina..


Bak kata pepatah orang putih;


"What Goes Around Comes Around"


Jadi, beringatlah.. Setiap kita akan di uji dengan kata-kata, begitu juga dengan teguran kita pada orang lain.


"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi ra`jiun". Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (al-Baqarah: 155-157)


..La Tahzan. Allah bersamamu..

Saturday, July 21, 2012

''Maaf":: Bukan sekadar 'Lips Service'



Maaf.. Satu perkataan yang begitu mudah untuk dituturkan..
Kita sering meminta maaf... Tapi, hakikatnya??















Meminta maaf merupakan satu perbuatan yang baik, dan sangat digalakkan dalam Islam..Kita juga sering disajikan dengan hadis dan ayat al-quran tentang betapa Islam memuliakan orang yang pemaaf..

“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.” (Hadis Riwayat Hakim) 


Memaafkan dan melupakan kesalahan orang yang pernah membuat kesilapan kepada kita amat-amat dituntut dalam Islam.. Orang yang pemaaf dijanjikan syurga yang amat manis..


"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan TuhanMu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik pada waktu lapang mehupun pada waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (Al-Imran: 133-134)


Tapi.. Pada hari ini, bukan sifat pemaaf yang ingin ku bicarakan.. Aku pasti ramai yang sudah tahu mengenai kebaikan menjadi seseorang yang pemaaf..
Tapi, yang aku ingin bicarakan ialah, sejauh mana kita mengikhlaskan diri untuk meminta maaf..!!
Sahabat-sahabatku sekalian, jangan jadikan perkataan maaf itu sekadar di bibir sahaja.. It is not Lip Service, where you can say it anytime, anywhere, without even understand its meaning..
* Fikirlah, bahawa memohon kemaafan itu sebagai satu komitmen terhadap perhubungan dan bukannya satu kelemahan diri.
* Ikhlas. Meminta maaf terhadap perkara-perkara yang anda benar-benar berasa bertanggungjawab terhadapnya; jangan meminta maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana.
What hurts me the most is not because someone apologize, but its because he/she does not mean it.. "Sorry" is just something that is easy to say, but hard to be proven.. That is why they keep on asking for forgiveness instead of trying to make it up to the person they hurt..
Jadi, Sila la ~Bertekad untuk tidak mengulanginya lagi~..
Andai kita berbuat dosa kepada Allah dan ingin bertaubat nasuha, kita harus ikuti syarat-syaratnya;
1. Menyesali akan dosa-dosa yang dibuat.
2. Bersegera meninggalkan dosa tersebut.
3. Berazam dan bertekad untuk meninggalkannya buat selama-lamanya.
Kenapa tidak kita amalkan syarat-syarat ini apabila meminta maaf dengan manusia??
Kenapa kita memandang remeh akan perkara ini??
Adakah kerana ianya dosa dengan manusia dan bukan dengan Allah??
::Jangan perlekehkan dosa anda dengan manusia::

:::Ramadhan kembali lagi:::



Ramadhan...
Ianya kembali lagi..
Ramadhan kali ini terasa sunyi sekali..
Kehadirannya hampir-hampir tidak dirasai..
Seolah-olah ianya bulan yang mendatang seperti bulan-bulan yang sebelumnya..

Persiapan untuk Ramadhan pun aku tak buat..
Tapi, aku sering berdoa;

"Ya Allah, tingkatkanlah imanku di bulan ini...  Bantulah aku agar puasa ku di bulan ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.. Aku tidak kuat untuk hadapinya.. Aku takut aku tewas.. Imanku hanyalah senipis kulit bawang, menanti masa untuk rosak.. Maka, bantulah aku Ya Allah...

Aku harap sangat agar Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas.. Umurku sudah hampir 23 tahun, aku khuatir andai tiada lagi Ramadhan buatku selepas ini.."



Ramadhan pertama aku sambut bersama keluargaku.. Terasa meriah, Indah dan seronok sekali berpuasa bersama keluarga.. Sudah hampir 2 bulan aku tidak ketemu mereka.. Walaupun rumah dekat, tapi jarang-jarang berada di rumah..


Ramadhan pertama tahun ini sangat bermakna buatku.. Semua ahli keluargaku berkumpul di rumah.. Memang susah nak kumpulkan 9 beradik pada satu masa..


Terima kasih Allah.. Aku bersyukur walaupun masaku di sini tidak lama.. Walaupun esok aku akan bertolak ke Shah Alam..


Azamku Ramadhan ini adalah untuk mengqada`kan semua solat-solat fardhu yang tidak lengkap semenjak aku baligh lagi.. 


Ya Allah, Ramadhan membawa seribu makna, sejuta kelebihan dan tidak ternilai maknanya andai kita menghayatinya.. Seperti sabda Rasulullah s.a.w;


"Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka di tutup, syaitan dirantai."


Ini adalah bulan di mana kita dapat menilai siapa diri kita sebenar.. Bagaimana kita lalui kehidupan kita di dunia ini.. Adakah dalam jalanNya atau tidak..


Muhasabahlah kembali sahabat-sahabatku.. Jangan jadikan bulan ini seperti bulan-bulan sebelum ini..Ubahlah diri.. Perbaiki lah amalan.. Menangislah Kerana Allah di bulan ini..

"Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadhan, apabila habis Ramadhan, hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan dosa-dosanya.." (Hadis Rasulullah)

Hidup kita di dunia ini tidak lama, Allah boleh tarik nyawa kita bila-bila masa sahaja yang Dia nak..Tidakkah sahabat-sahabat mahu andai kita mati dalam keadaan kita beriman padaNya?? 


Kadang-kadang Allah berikan hujan dan ribut pada kita.. Sesekali Allah kurniakan petir.. Kita jadi risau, sedih, takut.. Tapi, selepas hujan, rupa-rupanya Allah hadiahkan kita bulan..


Barangkali, inilah 'bulan' tersebut..


Sahabat-sahabatku.. banyakkanlah baca doa ini;


"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku"


Jangan, apabila habis bulan Ramadhan, Al-quran tidak khatam, Qiamullail tidak dilaksanakan, Solat tidak khusyuk, Puasa tidak sempurna, Amalan tidak dipertingkat, Hubungan tidak diperbaiki dan Semuanya menjadi sia-sia..


Aku menyeru pada semua yang membaca blogku.. Jangan biar Ramadhan tinggalkan kita dalam keadaan dosa kita tidak di ampun..




::Salam Ramadhan::

Saturday, July 14, 2012

Wanita, Satu penindasan

"A woman may be able to change the world, but she will never be able to change a man." 
 Amy Snowden


" Lelaki perlu untuk ego untuk maruah diri sendiri. Perempuan kalau ego dia tunjuk belang, besar kepala"

"Antara wanita dan lelaki, Wanitalah yang harus rendahkan egonya, bukan lelaki.!!"


kata-kata di atas sering dilontarkan kepada aku.. Aku tertanya-tanya, kenapa wanita harus dipersalahkan setiap kali berlaku pertelingkahan?? Apa salahku? 

Nak kata ego, masing-masing ada egonya.. Aku pun ada egonya.. Tapi, aku berpegang pada kata-kata ini:

"Aku akan berpegang pada pendirianku sehingga ada yang mampu menunjukkan bahawa aku salah beserta hujah yang kukuh. Kalau tak, jangan harap!!"

Wanita seringkali dianggap golongan yang lembap, serba-serbi lemah; padahal kedudukan wanita mahupun lelaki sama sahaja di sisi Allah..

“Dan barang siapa mengerjakan amal kebajikan, baik laki-laki mahupun perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidak dizalimi sedikit pun” (An-Nisa:124)


Ketahulah sahabat-sahabatku.. Jangan pandang wanita sebelah mata.. Jangan sesekali kita sangka dia wanita, maka dia lemah, boleh diperkotak-katikkan.. Jangan sesekali..

Dalam Islam pun, Allah angkat martabat insan yang bergelar WANITA.. Jadi SIAPA kita untuk merendahkannya?? Siapa kita untuk MEMPERLEKEHKANNYA??? SIAPA KITA?? BERHAKKAH KITA?? Satu persoalan yang ingin kulontarkan kepada kaum adam..

Rasulullah s.a.w sendiri menegaskan betapa pentingnya wanita ini dilayan dengan lemah-lembut dan kasih sayang. Pesanan ini disampaikan dalam Khutbah Widak di Padang Arafah, pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’:


“…Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia….”


Ya Allah, RahmatMu begitu luas.. Seluas yang tidak mampu kugambarkan.. Aku bukan lah yang terbaik, aku juga bukan lah yang terhebat.. Tapi aku tahu, CaturanMu adalah yang terbaik..


Aku dan lelaki tidak pernah serasi.. Terkadang aku letih..Terkadang terasa dadaku sesak.. Terasa begitu banyaknya dosaku sehingga ada Hijab yang begitu TEBAL antara aku dan mereka.. Ampunilah dosaku..

"Kenapalah wujudnya insan bergelar lelaki.!"

Kerap kali persoalan ini bermain di mindaku.. Aku takut, seandainya.. tanpa kusedari.. Aku mempersoalkan ketentuanMu..

Kuatkanlah Imanku agar aku tidak terus mengeluh dan kembali teguh dengan janjiMu.. 


Ingin kuingatkan pada Kaum Adam!! Jangan anggap kami ni remeh.. Jangan perlekehkan kata-kata kami.. Sesungguhnya kami punya perasaan, punya hati, punya kepercayaan..

Paku, kalau diketuk berulang-ulang kali pada tempat yang sama di dinding, pasti bisa merosakkan dinding tersebut.!! 

Jangan ketuk paku ditempat yang sama berulang kali.. Bahana menanti anda. Walaupun kami kaum yang lemah, dalam hati kami ada satu kekuatan.. Andai kekuatan itu diCABAR, pasti kau akan menyesal..

~Peringatan buat kaum Adam~

Sunday, July 8, 2012

Coolbellup Primary School

Australia...
Perth...
Fremantle...
Coolbellup...
Satu kenangan menggamit hati..


Seringkali aku bermimpi aku berada di sana..
Barangkali aku rindu pada saat-saat di sana, yang terang-terangan jauh berbeza dari Malaysia..


I was there almost three and a half year... although it is not very long, being there has teached a lot of things.. I grew up there.. from 11 until 15 years old..


Its really different there, not comparing to Malaysia but I felt it when I came back to Malaysia in 2004..
The life, friends, teachers, school, surroundings and the community.. Not forgetting the 'aussie slang'..


Whenever I am alone, I kept on thinking of my life in Coolbellup.. I don't know why, but if I ever get the chance to go back there (even just a visit), I would not miss it.. 


Looking back at the time when I first got there..


My dad, two brothers and sister and me arrived in Perth at the end of year 2000. At that time I was about 11 years old, which is 'darjah 5' but over there, I got in year 6 class.. 


I went to a normal Australian school, Coolbellup primary school.. A very small school but very welcoming and warm environment, just like living in the valley.. School starts at 9.00am until 3.00pm. But, there is a break between it. Two breaks. one at 10.30 am and one at 12.30pm..


I was the only one wearing hijab (tudung) in the school and everyone was looking really weird at me, maybe it is their first time seeing a muslim girl, or get closed to.. 


At that time, I couldn't even speak a single word in English, and I don't understand at all what everyone was saying, including the teacher.. It was really hard.. I was REALLY bad in English.. Maybe that's why Allah sent me there..


Alhamdulillah, there was a Malaysian mixed Aussie male student in my class, Azhar (a year younger than me but got into the same class) who was my translater for about a month. Everytime the teacher wanted to tell me something, or ask, she would ask Azhar to translate for her in BM.. It was really embarrassing since I was not able to speak and communicate with them in English..


To my surprise, it only took me about a month to speak fluently.. And, not long after that, I started to speak using Aussie slang.. I once heard that when you are in a foreign country and mixing with the community, soon you will be able to speak just like them.. I guess it is true, since i experienced it... ^^,


The classroom was small, and all year 5, 6 and 7 were combined in one class (since the school is small).. The desk was arranged in 'half a circle' facing the blackboard. There was 2 computers, 1 book shelf and 'small store' in the classroom.. When it was reading time, each one of us must get a book and read... quite fun..


As a muslim, one MUST pray.. Due to this, my dad went and ask for the principal's permission for me to pray in class during break.. So, I actually pray in class during break. I brought along my 'telekung' and pray.. There was this one time, my friend ask if they can watch me when I pray.. Why not, that was a good opportunity to show them the life of a Muslim.. 


In my year 6 and 7 in this school, I played cricket and baseball for my class.. I also learned cooking, painting and art.. In the middle of that year, I teached them how to play 'zero point'.. It was fun introducing the Malaysian game to them.. oh, how I miss that moment. Just playing happily among them..


Since I don't have chemistry with men, I fight a lot with them.. I could still remember the dark history, which leaves a deep revenge toward men.. It feels as if it just happens yesterday...


Adam.. I can still remember his name.. He was a problematic student in school and like to pick a fight with me.. There was this one time, we fought and he pulled my head cover down from the back.. I shouted as hard as I can and cry loudly.. I was shocked.. no one has ever done that to me.. It was racism.. Alhamdulillah, the inner hair cover did not came off..


The teacher gave him a counselling sessions and he was grounded from coming to school for a week.. Even the non-Muslim respect us, not considering which religion they are.. Its called human sense.. That was the first and it was the last.. I hope..


Being in that school with that kind of surrounding, has thought me a lot.. But I was very childish and stubborn at that time. I wanted to win and take revenge on all men, for discrimination.. It was stupid of me.. Almost every male student in that school hated me.. Hated my behaviour..


Now, as I get older and matured, I become wiser. Sometimes I regret of doing what I have done in the past. It doesn't even show the characteristic of a Muslim. It doesn't reflect me as a Muslim.. Deep in my heart, I am praying so that they (the victims) will no be affected by what I have done to them.. They will not look down on all Muslims out there just because of what I did to the in the past..


Whatever happens in the past, I will not regret it (at least I will try).. Its not good, its not what Islam has thought us.. Its just not in line with Islam..


I Don't regret it.. It is a part of TAQDIR.. 


These days, I kept on dreaming of going back there.. Living there... I don't understand what it means.. But I REALLY miss Perth.. Miss it A LOT..




That is the story of my primary school.. It wasn't very interesting but full of lessons.. Maybe next time, I will shared my experienced during my high school..


Oh Allah.. The Al Mighty..
There must be a reason for You to put me in that situations..
Now I understand..


Buat teman-temanku.. Hargailah sesuatu sebelum anda kehilangannya... Buatlah sesuatu sebaik mungkin sebelum anda menyesal.. 


~Pengalaman banyak mengajarku dan membentuk diriku seperti sekarang~

Friday, June 29, 2012

Andai Aku Bisa..





Ummu Ahmed... Ini lah gelaran yang dikehandaki oleh isteri presiden Mesir yang baru, Najla Mahmud..


Beliau menolak untuk digelar sebagai "First Lady of Egypt" tetapi lebih selesa digelar denagn nama "Ummu Ahmed" yang membawa maksud ibu kepada Ahmed (Anak tertuanya).. Allahurabbi..


Beliau turut berkata, 


"Dan jika sekarang saya harus mempunyai gelaran, maka biarkanlah saya menjadi 'pelayan pertama mesir'. Kita semua adalah satu, untuk kemajuan negeri tercinta.."


Andai aku ditaklifkan sebagai isteri perdana menteri, Adakah aku mampu untuk mengeluarkan kata-kata sebegitu??




"Saya tidak akan mengkhianati kalian.."


"Saya akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi janji yang saya buat. Saya tidak memiliki hak apa pun, saya hanya memiliki tanggungjawab yang saya harus penuhi.. Rakyatku, silalah membantu saya selama saya adil dan mentaati Allah S.W.T.."


"Jika saya tidak mentaati Allah dan gagal untuk memenuhi janji-janji, jangan patuhi saya.."


"Saya akan menjadi presiden untuk semua orang Mesir, orang-orang di dalam dan di luar negeri. Rakyat merupakan sumber dari semua kekuatan, dan sudah waktunya bagi persatuan untuk membangun negeri kami dan mencapai tujuan revolusi," 

"Bersama, orang Mesir akan menciptakan masa depan yang lebih baik dan cerah bagi bangsa ini." 



Seandainya aku ingin mencari suami, akan ku katakan pada diriku..


"Biar dia HEBAT di mataku, tapi BIASA-BIASA di mata dunia.."


Aku ingin jadi seperti Khadijah, isteri nabi.. yang membantu Baginda saat tiada orang di sisi Baginda..


Andai Aku Bisa...

Wednesday, June 27, 2012

Antara Kepentingan Diri @ Kepentingan Bersama??

YaNg ManE SAtu PAtuT Ku PilIH???


Ape patut Ku lakukan Ya Allah??
Aku dalam Dilema...
Aku Perlukan Petunjuk dariMu
Aku Perlukan Pertolongan DariMu....


Bukan senang untuk membuat keputusan.. bukan senang untuk melaksanakan keputusan yang dibuat... Bukan senang untuk merelakan keputusan yang telah diputuskan..

(mereka berdoa): 
“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (karunia)" 
(al-Imran : 8)

~Tunjukkanlah kepada aku Kebenarannya~

ISTIQAMAH... bukan sesenang diucap

Istiqamah....




Ianya tidak semudah yang disangka..
Satu perkataan... 9 Huruf.. membawa erti lebih sejuta maksud dan pengorbanan..


Firman Allah Taala dalam surah Yusof, ayat 87


"Dan janganlah kamu berputus dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"


Ayuh sahabat-sahabat seperjuanganku....!!! aYUH isTIQamaH...


~BanTUlaH aKU yaNG sERba KekUraNGan iNi~

CoREtan khAS buaATmU...

Ku mulakan kalam hari ini dengan satu ungkapan yang cukup menyentuh hatiku... Ianya ku ambil daripada buku La Tahzan, karya Dr Aidh Abdullah Al-Qarni.. Seorang penulis yang cukup aku kagumi.. Andai bisa aku menjadi sepertinya.. Begitu dekat dengan Tuhan..

 ..Redha akan Anugerah Allah, Menjadikan Anda Orang Terkaya Di Dunia..

Terasa hari-hariku berjalan begitu pantas sekali.. Terasa banyak yang telah aku abaikan, yang telah aku ketepikan, telah banyak hati ku lukakan, hanya sema-mata menyiapkan FYPku...


Aku terasa bersalah sangat2.. Jika hendak dihitung kesalahanku dengan jari, tak tercukup..

Tapi, dalam banyak-banyak perkara, ada satu perkara yang membuatkan aku kesal.. terhenyak dan terhenti sejenak, mengiyakan.. betapa peritnya perjuangan ini.. terasa ingin berpatah dan meninggalkan semuanya..


Aku telah mengabaikan seseorang yang tak sepatutnya aku abaikan... Seseorang yang memerlukan aku saat itu.. Hatiku sayu sekali mengenangkan  betapa sengsara dia melaluinya.. Jiwa ku meronta-ronta ingin menjenguknya, melihatnya dan berada di sisinya..
 Tapi, Allah tidak izinkan.. Walau sekuat mana pun hatiku meronta, jika Dia tidak mahu, aku tak kan pergi jua... Akhirnya, Aku akur pada ketentuanNya..  Aku cuba untuk redha, walau ianya sesuatu yang AMAT payah untuk ku lakukan.. Tapi, sebagai hambaNya, Aku perlu tabah dan kuat untuk laluinya..


Tak terluah kata-kata memohon maaf; kerana ku takut ianya hanyalah ALASAN semata-mata.. Aku hanya mampu mengucapkan dalam hatiku dan berdoa padaNya,



"Selamat Berjuang adikku.. Semoga Allah memberkatimu.. Berjuanglah, hingga ke akhirnya.. Dan ingatlah semuanya datang dari Allah. Walau akak tak dapat nak bersamamu, akak tahu, Allah ada bersamamu.. Ingatlah, kita lahir sendirian, kita juga akan kembali sendirian.. Barangkali ini adalah permulaan kepada bersendirian..

Akak tak mampu nak berada di sisimu.. Akak tahu kamu sedih, terkilan dan kecewa.. Pasti terlintas di mindamu, kenapa ramai yang boleh menjengukku, tapi tidak kakakku?? kenapa??


Ketahuilah adikku, akak sayang padamu.. saat tak mampu nak berjumpa, terasa ada rindu yang bertapa di hati ini..


Akak bukanlah kakak yang terbaik untuk mu.. Tapi akak akan cuba jadi yang terbaik.. Berdoalah pada Allah, moga-moga persahabatan dan ukhwah yang terbina ini berkekalan.. Kerana kita tidak tahu, bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik kenikmatan berukhwah ini.. Allahurabbi.."


"Sekiranya anda inginkan kebahagiaan, maka terimalah dengan rela hati bentuk tubuh yang telah Allah kurniakan untuk anda. Redhalah dengan keluarga yang anda miliki, suara anda, kemampuan daya ingatan dan pemahaman anda, dan seberapa pun hasilan yang anda terima!! Bahkan, orang yang memelihara sifat zuhud akan bersifat lebih daripada itu. Mereka akan berkata kepada anda: 'Sayugianya anda berlapang dada terhadap apa yang anda miliki, meskipun ianya sesedikit dan janganlah anda merasai kekurangan'.."

~itulah kata-kata yang ingin ku konsikan bersama para pembaca.. Moga2 ianya meresap masuk ke dalam hati~

Saat dirimu ditimpa musibah yang memerlukan sokonganku, saat itu juga hatiku diuji dengan dasyatnya oleh Allah.. Dunia ibarat berputar-putar dan pandanganku semakin memeritkan.. Badanku meronta-ronta inginkan rehat.. Mindaku memaksa-maksa untuk menghabiskan tanggungjawab itu.. Akalku dipaksa untuk memerah segala yang ada di dalamnya...


Tapi, Hatiku menangis-nangis meminta dihentikan waktu seketika.. Agar aku bisa bebas dari kesesakan dunia ini..


Barangkali kamu tidak tahu situasi sebenar diriku.. Ketahuilah adikku, jika engkau melihatku pada saat itu, pasti hatimu luluh..


Kerana itu, aku melarikan diri darimu untuk seketika.. Bila mana aku kembali kuat dan stabil, akan ku mendekati mu dan bercerita bagaimana aku lalui semua itu..


Allah sentiasa bersamaku.. Dialah yang menguatkan hati, jasad dan akalku agar terus berjuang.. Dialah yang mendetikkan hatiku untuk menjauhimu agar kau tidak terkesan dengan situasiku..


Ramai yang datang pada akak, memberitahu situasimu.. ramai yang menyuruh akak untuk temankanmu, berada di sisimu.. Tanpa mereka ketahui keadaan sebenar diri kakakmu ini..


Jika aku kalah dengan diriku, bagaimana akan ku tolongimu wahai adikku?? Akak tanamkan dalam hati untuk kuat sebelum menguatkan yang lain.. Untuk terus ceria dan menceriakan yang lain..

Maasyiral Muslimin Rahimakumullahu!“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebajikan sebesar zarah niscaya Allah akan melipatgandakan dan memberikan dari sisi-Nya pahala yg besar.”

Ini adalah coretan khas yang kutulis buat adikku.. Andai kau menemui blogku ini, ketahuilah akak sangat menyayangimu... Lillah hi Taala..


Ayuh sahabat2 sekalian, kita ni  hamba, tak lari dari membuat silap, tak lari dari membuat dosa sesama insan.. Jom kita meminta maaf..

 Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)

Jangan lupa juga minta maaf dengan Sang Pencipta...

 Imam Nawawi dalam kitabnya Riadhus Solihin menyatakan ulama berpendapat bertaubat daripada setiap dosa yang dilakukan hukumnya wajib. Jika dosa itu berkaitan dengan Khaliq (Allah) dan dengan manusia. Ia terangkum dengan empat syarat taubat utama iaitu:
  • Berhenti daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah.
  • Menyesali perbuatan yang sudah dilakukan.
  • Berazam tidak mengulangi perbuatan itu selama-lamanya.
  • Jika dosa itu berkaitan dengan manusia perlu diselesaikan seperti mengembalikan harta diambil dengan cara salah kepada tuannya. Jika barang sudah hilang atau habis digunakan perlu diminta halal daripada tuannya. Jika menuduh atau memfitnah wajar memohon maaf atas segala perbuatan.

Terimalah coretan hari ini yang serba kekurangan..
 Sesunggunya inilah coretan Ikhlas dari hatiku buatmu... Ku tutupi kalamku pada hari ini dengan hadis Rasulullah s.a.w..

Imam Ibn Abi Hatim dalam tafsirnya menyatakan hadis Nabi SAW. Daripada Yunus bin Abdul A’la, katanya tatkala turun ayat ini (ayat 199 surah al-’Araf),

Rasulullah SAW bertanya kepada Malaikat Jibril apakah (maksud ayat) ini, wahai Jibril? Jawab Jibril: “Sesungguhnya Allah memerintahkan engkau supaya memaafkan orang yang menzalimi engkau dan memberi kepada siapa yang menghalang (menentang) engkau dan hubungkanlah tali kekeluargaan dan persaudaraan (silaturahim) bagi siapa yang memutuskannya.”  (Tafsir Ibn Abi Hatim)
 
~Moga Islam terus tertegak dalam diriku~