Tuesday, December 22, 2009

Ape Nak Buat Kak CHik????


MaCam ManE YeE??



Pagi tadi adik usrah jarak jauh ana, Fadhilah (Fad) tanya;
     "Kak Chik, macam mane saya nak berdakwah pada keluarga saya??"

Ana pun tanyalah dia ape masalah keluarga dia dan ape yang die nak ubah.

Fad pun jawab;
      "keluarga saya ada yang selalu tinggal solat, ada yang langsung tak solat. tapi kalau solat sunat raya semangat la pulak. abang dan kakak saya Alhamdulillah solat. Ape yang saya perlu buat ye kak Chik??"

Untuk yang mengalami masalah sepertimana Fadhilah tadi, yang ingin mengubah keluarganya dan yang ingin berdakwah pada keluarganya, kena tahu apa masalahnye dan apa yang ingin diubah??..

Sebelum kita berdakwah, kita kena ada ilmu tentang dakwah..

Pertama sekali akak nak Fadhilah tahu ape ciri-ciri seorang pendakwah supaya Fad tak buat silap nanti ye...

AnTArA CiRi-cIri PeNdAkWAh

1. Ikhlas kerana Allah s.w.t.

Ikhlas adalah kunci utama kejayaan dakwah. Seorang pendakwah mesti menanamkan niat ikhlas di dalam setiap gerak langkah dakwahnya. Semua amalannya mesti diarahkan semata-mata untuk Rabb yang menguasai alam semesta. Seorang pendakwah juga tidak sewajarnya mengharapkan kedudukan, pangkat, kemasyhuran, pujian dan sebagainya. Semua amalannya hanya menginginkan keredhaan Allah yang Maha Esa.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


Katakanlah (wahai Muhammad) :
          “Upah apa pun yang aku minta daripadamu maka itu untukmu. Upahku hanyalah dari Allah dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”
                                                                                                                             (Surah Saba’ : 47)


2. Mempunyai matlamat yang jelas.

Seorang pendakwah mesti mempunyai matlamat yang jelas di hadapannya iaitu untuk menegakkan agama (Iqamatuddin), melakukan pembaikan (islah) dan mencegah semua bentuk kemungkaran.

3. Bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan agama Allah.

Bersungguh-sungguh yang dimaksudkan adalah sebagaimana seorang mujahid yang melawan musuh di medan peperangan. Ini dilakukan dengan menyeru sekalian manusia ke arah melaksanakan perkara-perkara yang baik (amar ma’ruf) dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah (nahi mungkar).


4. Sentiasa menuntut dan menambah ilmu pengetahuan.

Dalam menjalankan usaha dakwah, penguasaan ilmu amat penting bagi para pendakwah. Ini untuk memudahkannya berhadapan dengan manusia yang bakal ditemuinya. Selain ilmu-ilmu yang berkait dengan aqidah dan hukum-hakam, seorang pendakwah juga perlu peka dengan perkembangan ilmu pengetahuan semasa seperti teknologi maklumat, sains dan lain-lain.

Allah berfirman:



يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لاَ تَفْعَلُونَ﴿٢﴾ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لاَ تَفْعَلُونَ ﴿الصف: ٢-٣


﴾"Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu perbuat."
                                                                                                                             (Ash-Shaf: 2-3)


5. Sedia menerima kelebihan dan kekurangan orang lain.

Pendakwah harus menyedari bahawa dia adalah manusia yang serba kekurangan dan begitu juga manusia lain.


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
           “Sekiranya tidak kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang bersih (dari perbuatan keji dan mungkar).”
                                                                                                                    (Surah An-Nur : 21)

Perlu disedari, hanya Allah sahaja yang sempurna dan segala kekurangan itu adalah milik kita. Oleh yang demikian, seorang pendakwah mestilah mampu berinteraksi dan bergaul dengan masyarakat sekelilingnya.

6. Tidak mudah berputus asa ketika menghadapi kesusahan.

Berputus asa terhadap sesuatu kegagalan atau kesulitan bukanlah ciri-ciri seorang yang baik. Ini kerana, jalan dakwah sentiasa memerlukan kesabaran yang tinggi dan berusaha untuk mengatasi segala kesukaran yang dihadapi. Rasulullah s.a.w. berada di Mekah selama 13 tahun untuk berdakwah terus-menerus walaupun baginda sering dihina dan disakiti. Sesungguhnya, jika kita kumpulkan seluruh kesusahan yang kita alami ketika ini dan dibandingkan dengan kepayahan yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w. ternyata kita berada amat jauh di belakang.

7. Tidak mempermudah-mudahkan hukum Allah.


Antara adab-adab seorang pendakwah termasuklah tidak meremehkan sesuatu perbuatan maksiat yang dilakukan oleh seseorang. Pendakwah harus menyedarkan golongan-golongan yang membuat kemungkaran agar takut akan siksa dan azab Allah. Terdapat di kalangan pendakwah yang mempermudahkan atau menganggap ringan tentang maksiat sehingga apabila dosa besar dilakukan, dia mudah mengatakan bahawa perkara itu ringan, tidak berat dan sebagainya.


8. Mengelakkan sebarang kritikan yang bersifat peribadi.

Di antara akhlak seorang pendakwah adalah tidak mengkritik peribadi-peribadi tertentu, menjatuhkan maruah orang lain dan mendedahkan identiti mereka di khalayak ramai. Seorang pendakwah hendaklah menyedarkan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang tanpa mengumumkannya di khalayak ramai. Tapi sebaliknya ada individu yang secara terang-terangan menentang Allah melalui perbuatan, lisan, buku-buku, bid’ah atau sebagainya maka dalam keadaan ini bolehlah didedahkan identiti mereka yang terlibat bagi tujuan menyelamatkan aqidah umat Islam lainnya.


9. Tidak merasakan diri sendiri mempunyai kelebihan berbanding orang lain.


Seorang pendakwah perlu merenung ke dalam dirinya dan sentiasa merasakan dirinya seorang manusia yang serba kekurangan. Seorang pendakwah juga hendaklah memuji Allah s.w.t. kerana Allah yang telah menjadikannya sebagai seorang penyampai ajaran Islam kepada manusia serta mensyukuri nikmat ini.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
           “Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.”
                                                                                                                               (Surah an-Nasr : 3)

10. Tidak menokok tambah apa yang telah ditetapkan oleh agama.


Dalam menyebarkan dakwah, kadangkala terdapat di kalangan pendakwah yang terlalu ghairah dan bersemangat sehingga menambah apa-apa yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Antaranya, termasuklah ancaman-ancaman Allah terhadap pembuat maksiat, balasan syurga dan neraka, dosa dan pahala serta perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadah.


Allah s.w.t. telah menetapkan ukuran terhadap segala sesuatu. Oleh itu, seorang pendakwah tidak boleh mengancam seseorang melebihi ketetapan Allah dengan pendapatnya sendiri walaupun untuk tujuan memberi motivasi atau perangsang.


Manakala, menurut Menurut Syeikh Dr ‘Ali Ab Halim Mahmud dalam kitabnya , Fiqh al-Dakwah al-Fardiyyah , seseorang pendakwah haruslah memiliki ciri-ciri berikut iaitu:


1. Ikhlas kerana Allah


2. Mempertingkatkan ilmu


3. Kena ada jalinan hubungan dengan Allah


4. Kena sealu mebaca kisah-kisah perjuangan orang-orang Islam yang terdahulu di kalangan para Nabi , sahabat, pejang-pejuan Islam dan lain lain


5. Kena selalu berdoa kpd Allah supaya bukakan hati manusia yang terlibat


6. Kena mempraktikkan Islam dalam hidup sebelum mengajak orang kepadanya


7. Bergabung dalam jemaah orang-orang Islam


8. Mengembangkan budaya ilmu dalam diri .


9. Mesti ada mentor yang dinamakan beliau sebagai qudwah mithaliyyah

 
Selepas Fad tahu tentang ciri-ciri pendakwah, Fad kena tahu method-method yang boleh digunakan untuk berdakwah.,..
 
Allah Azza wa Jalla berfirman:



اُدْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ﴿النحل: ١٢٥


﴾"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan dengan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik...." (An-Nahl: 125)

Cara-cara berdakwah pada akak untuk tahap Fad ada 2
 
1. Hikmah atau Bijaksana
    Fad kena berdakwah pada keluarga dengan menggunakan cara yang paling berhikmah agar tidak  
    menyinggung perasaan mereka. Nak guna cara yang berhikmah, kena faham situasi keluarga.
       -Fad boleh solat depan mereka setiap kali masuk waktu solat
       -Fad boleh ajak mereka solat berjemaah
       -Set azan dalam komputer, handphone @ kuatkan volume TV setiap kali azan, insyaAllah mereka akan
          terasa nak solat
       -Sekali-sekala cuba lah tanya, 'Abang dah solat maghrib ke belum?' mereka akan rasa serba salah dan
         insyaAllah akan solat 
 
2. Perdebatan dan perbahasan yang berkesan
    Sebelum Fad memperkatakan tentang solat, fad kena penuhkan ilmu di dada dengan Ilmu tentang solat,
    kebaikannya, ancaman bagi rang2 yang tdlk solat dan sbg..
      -Berhujah dengan keluarga tentang solat.
      -Sambil duduk minum kopi, berbuallah bab solat dan selitkan sedikit kisah-kisah teladan mengenai orang
        yang tidak solat.
 
Ini antara cara yang fad boleh amalkan untuk skop keluarga,.. yang penting fad kena sentiasa istiqamah dalam menyampaikan dakwah dan tawakal pada Allah..
 
Jangan terlalu berharap pada usaha sendiri. Berharaplah pada Allah kerana hanya Allah sahaja yang mampu mengubah sesuatu..
 
kalau ada apa-apa yang fad tak faham, hubungi akak ye..
 
Akhir sekali dari akak, terapkan ini dalam hati:
 
                   DOA
 
                         USAHA
 
                                    TAWAKAL


Salam Sayang dari Kak Chik... :)

Monday, December 21, 2009

BeTTeR 09


BetTeR 09

18 - 20 december 2009

Sg Congkak

Hulu Langat






Ini lah kawasannya...

Assalamualaikum sahabat-sahabiah sekalian..

baru-baru ni ana berkesempatan untuk mengikuti program motivasi bersama adik2 dari sekpolah menengah agama sekitar selangor..

Ana seronok dapat bersama-sama membimbing adik-adik ke arah memahami Islam dengan lebih detail lagi..
ana harap ana akan dijemput lagi untuk program-program sedemikian pada masa akan datang..

Ana juga amat berterima kasih kepada akhi KHABIR kerana sudi menjemput ana sebagai fasilitator..

kepada adik-adik yang mengenali akak (KAK CHIK), akak harap adik-adik akan mengaplikasikan apa yang akak ajar sepanjang program berlangsung dalam keidupan seharian..

istiqamahlah dalam menuntut ilmu, demi ISLAM..

APE KATE KITA LIHAT AKSI ADIK2 DALAM PROGRAM NI...



seronoknya dengar cerita abang fauzi...




Sedaplah makanan yang kakak-kakak masak..hehe...




Cepat lah bersiap, kita
 nak bersukan ni...




Solat subuh berjemaah




kuliah subuh oleh adik2 yang berbakat (Ketua Muslimin)




kuliah subuh dari adik perempuan pulak..(ketua Muslimat)


seronoknya adik-adik ni...



adik-adik ni, pantang dengar ceramah!!!! tidur



lain kali tidur lagi ye.. kan dah kena denda..!!




Susahnya nak main rumput yang panjag ni!!!




ni lA group akak, ira, ila, ika, fad dan nani




ini pulak grpoup kak Yani..




seronoknya adik-adik muslimin borak...



Cepatlah keluarkan idea!!!




Hurm.. susahnya tajuk ni.,..



Ini kumpulan kak Mufidatul hazirah



Ini pulak kumpulan kak Masyitah



Jom main explorace...jaga tau barang amanah tu,,



Hati-hati kawan-kawan.. bahaya ni.,.



kami ok, selamat barang amanah kami,.



mulakan dengan bismillah.,...




Letihlah jungle trekking tadi kan??

BAIKLAH

JOM KITA LIHAT AKSI FASI PULAK YE..
BARU ADIL...





ini qayyum dan khabir.. penat kan??



kami empat sekawan.. diketuai oleh adik Fauzi..



hai abang2 fasi, tengok ape tu?? dengarlah ceramah!!!



Cepatlah, nak meeting ni..



Kami tak letih pun adik-adik....



Sibuknya ketua unit pengisian dan bengkel...




Tengoklah.. ni semua barang amanah yang kami rampas..HEHE



Senyum semua...



Bincang ape tu Akhi Azam??



Redupnya kat sini...



ini kakak - kakak fasi yang comel dan Baik...



Salam semua... ni kak syima dan kak yana,,



Kami biro makanan....

Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi ana tak nak letak./. cukuplah gambar yang ada ini...

harap-harap fasi semua tak marah ye ana letak gambar-gambar antum semua..


Ya Allah,
Aku mohon agar kau lanjutkanlah ukhwah kami hingga ke titisan yang terakhir.
Aku mohon agar kau tetapkanlah hati-hati adik-adik serta fasi-fasi agar sentiasa berada dalam Islam
Aku mohon agar kau perkenankanlah doa kami

Ya Allah,
Bantulah kami untuk menyampaikan Islam pada masyarakat sekeliling
bantulah kami untuk mendidik adik-adik ini
bantulah adik-adik ini agar mereka faham dan amalkan apa yang kami ajarkan pada mereka

Ya Allah,
kau tetapkanlah kami supaya istiqamah dalam beribadah kepadaMu
kau permudahkanlah urusan adik-adik kami ini..

Aku memohon padaMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.


Adik-adik semua, akak ada pantun untuk kalian...

"Jika Takut Dilamar Perpisahan


                     Usah Dirisik Salam Pertemuan"



Semoga kita dipertemukan lagi di masa hadapan

Tuesday, December 15, 2009

Comelnya adik-adik ni...


Kem Cetusan Kesedaran
di
Masjid Wilayah Kuala Lumpur
11, 12, 13 December 2009
sekolah rendah sekitar kuala lumpur





ini hari pendaftaran



sape nak jadi penghulu???


alamak, program nak habis,, sedihnya...



kakak kakak fasi yang comel2..


main "sayang si buta"


solat berjemaah bersama adik2..



siapa yang boleh jawab dapat coklat...!!!


kami kumpulan THE RED..



jom exercise.. lama tak excercise..


comel tak adik-adik ni?? baru je minggu lepas ana ikut program kem cetusan kesedaran anjuran IPMinda Gombak.. seronok didik adik2 ni..sebab diaorang tak tahu ape2.. semua kena belajar semula..
paling muda pun umur 6 tahun dan paling tua pun 12 tahun.. comelnya adik-adik ni..

ini dah program ke berapa ana tak ingat.. dah banyak sangat ikut program IPMinda..
tapi, program ni la paling mencabar.. adik-adik ni tak makan saman.. cakap punye direct, tak menghormati orang yang lebih tue..
tapi ana tak salahkan mereka.. diaorang masih kecil.. masih baru nak merangkak mengenali dunia ni..
Ana harap adik-adik ni akan ingat pesanan dan tunjuk ajar dari kami selepas ini..
kalau diberi peluang, ana akan didik mereka lagi..

wahai adik-adik ku..
kalau kamu semua baca blog akak, ingatlah akak tak marah kamu, tapi akak berterima kasih pada kamu sebab mengajar akak untuk bersabar dan berusaha walau dalam keadaan macam mane pun..

harap adik-adik yang baca blog akak ni boleh contact akak ye..

Selamat Berjuang...
....Salam Rindu dari KAK LONG...





Thursday, December 10, 2009

Ujian yang sedikit...

Salam sahabat semua...

Ape khabar?? sihat ke?? result macam mane?? memuaskan @ tidak??
hari ni ana check result.. hati anan berdebar-debar.. takut ana xboleh terima kenyataan...
tapi,ana gagahkan juga..


 ................................

Seperti yang ana jangka, ana dapat 3.00 and above tapi.... aNA TAK DAPAT DEAN LIST..
ana kecewa.. mungkin ada yang lebih kecewa dari ana.. tapi ana lebih kecewa dengan diri sendiri..
Ana tak study cukup...
Ana malas...
inilah keputusan yang ana dapat...
huhu....

http://istudent.uitm.edu.my/stp/resultv2/inc_rsp.asp

tapi ana pegang pada satu ayat:

  "Jika kita tolong Agama Allah, Allah akan tolong kita"

Ana percaya ada sahabat yang lebih sedih dari ana..
Sabarlah wahai Nabilah...
pasti ada hikmah disebaliknya...



Ya Allah..
Berilah aku kekuatan untuk terus berjuang demi agamaMu dan juga demi akademikku..
Aku takut sedikit ujianMu ini akan melemahkan diriku..
Aku takut aku tidak mampu untuk terus memotivasikan diriku untuk terus dalam perjuangan

Ya Allah...
Aku terima dan Aku redha dengan keputusanMu.
Barangkali aku tidak belajar bersungguh-sungguh..
Barangkali aku telah banyak melakukan dosa kepadaMu..

aku pasrah Ya Allah...
Aku Pasrah dengan ketentuanmu..

Ayuh sahabat..!!!!!!
jangan biarkan dirimu dalam kesedihan..
jadikan kesilapan ini sebagai pengajaran buatMu untuk terus berusaha lebih kuat..

TerUskAn TerSeNYuM........



Ps: Bagi yang dapat result bagus.. Tahniah.

Monday, November 16, 2009

Siapakah Orang Itu?????

Siapakah Orang Itu?



Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.



Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.



Siapakah orang dungu kepala otaknya?

Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.



Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.



Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.



Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.



Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.



Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.



Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.



Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil erkata,"Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.



Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.



Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.



Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi



Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.



Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.



Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.



Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.



Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.



Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.



Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.



Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.



Siapakah org yg bijak?

Orang yg bijak ialah org yg tidak membiarkan maklumat ini begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org lain.


ANDA TERGOLONG DALAM KATEGORI MANA??????

AYUH..!! MUHASABAH DIRI...!!!!

Tuesday, November 3, 2009

final exam...

final dah mula.. esok last paper.. sekarang ramai yang tengah tension dengan study.,..
alhamdlillah lusa last paper..
dah boleh balik jumpe umi dan bah dan adik2..
rindu sangat ngan umi..

ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menempuh hari esok...
berilah aku sedikit ketenangan dari ketenanganMu,
bantulah aku untuk menduduki peperiksaan esok..

ya Allah,
Aku telah bernazar...
Aku telah bernazar Ya Allah...
Bantulah aku Ya Allah....

Aku takut Ya Allah..
Aku sangat2 takut...
bantulah aku..

tidur x pernah cukup semenjak final exam..
mata dah bengkak..
lingkaran hitam bawah mata pun dah makin gelap..

hati ini x pernh tenang..

Ya Allah...
tolonglah aku...
ampunilah dosa-dosa ku...
kasihanilah aku...
berilah petunjuk pada ku...

Aku takut ya Allah..
Berilah ketenangan dalam menjawab exam esok..
paper MKT243..
Amin..

para pembaca pun doalah ana ye,.

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Tinggal

Esok dah nak balik semenanjung dah..
Tapi..hati ini tidak merelakan..
bukan senang hidup berjauhan dari keluarga..
Terutama sekali apabila memang dari kecil tak pernah berenggang langsung..



Umi..Abah...
Aku pasti merinduimu..

Umi,..
jagalah adik2 yang lain..
pantaulah mereka..
jangan bagi diaorang balik lambat...

Abah..
janganlah selalu marah adik2..
diaorang memang nakal tapi baik..

Ya Allah..
Aku bakal berjauhan dengan keluargaku..
Aku serahkan keselamatan, kesihatan mereka kepadaMu..
Jagalah mereka.. Sihatkanlah tubuh badan mereka..
Berilah petunjuk dan hidayahMu kepada mereka..
Agar mereka sentiasa berada dibawah lembayung rahmatMu..

Ya Allah..
Aku risau akan keluargaku..
Aku bimbang...
Aku tahu, aku terpaksa pergi..

Aku mohon padaMu ya Allah..
Jagalah keluargaku..

Aku akan sentiasa berdoa padaMu..
Aku akan berubah..
Aku akan menjadi seorang wanita, anak dan hambaMu yang solehah..

Hanya kepadMu aku merintih..

Disinilah tempat aku mengadu..
Disinilah tempat aku meluahkan perasaanku..

Aku tidak mahu orang lain tahu perasaanku..


Ya Allah..
Berkatilah perjalananku..
Iringilah perjalananku dengan makfirahMu..

Moga2 aku selamat sampai ke destinasiku..