Wednesday, September 23, 2009

Selamat Tinggal

Esok dah nak balik semenanjung dah..
Tapi..hati ini tidak merelakan..
bukan senang hidup berjauhan dari keluarga..
Terutama sekali apabila memang dari kecil tak pernah berenggang langsung..



Umi..Abah...
Aku pasti merinduimu..

Umi,..
jagalah adik2 yang lain..
pantaulah mereka..
jangan bagi diaorang balik lambat...

Abah..
janganlah selalu marah adik2..
diaorang memang nakal tapi baik..

Ya Allah..
Aku bakal berjauhan dengan keluargaku..
Aku serahkan keselamatan, kesihatan mereka kepadaMu..
Jagalah mereka.. Sihatkanlah tubuh badan mereka..
Berilah petunjuk dan hidayahMu kepada mereka..
Agar mereka sentiasa berada dibawah lembayung rahmatMu..

Ya Allah..
Aku risau akan keluargaku..
Aku bimbang...
Aku tahu, aku terpaksa pergi..

Aku mohon padaMu ya Allah..
Jagalah keluargaku..

Aku akan sentiasa berdoa padaMu..
Aku akan berubah..
Aku akan menjadi seorang wanita, anak dan hambaMu yang solehah..

Hanya kepadMu aku merintih..

Disinilah tempat aku mengadu..
Disinilah tempat aku meluahkan perasaanku..

Aku tidak mahu orang lain tahu perasaanku..


Ya Allah..
Berkatilah perjalananku..
Iringilah perjalananku dengan makfirahMu..

Moga2 aku selamat sampai ke destinasiku..

No comments:

Post a Comment