Saturday, September 19, 2009

Aidilfitri Pertama




Raya pertama??

Hurm...
entah la...

Ya Allah..
Aku gembira dapat beraya bersama keluarga..
tapi, jauh di sudut hatiku..
Aku sedih..
Walaupun ini kali pertama seluruh ahli keluargaku beraya bersama-sama...

Ya Allah..
Aku sebak sewaktu menunaikn solat subuh pagi tadi,..
Aku risau..
Aku risau andai ibadahku di bulan Ramadhan tidak diterima...

Aku juga sebak sewaktu solat sunat hari raya pagi tadi...
Aku khuatir andai aku semakin jauh daripadaMu..
Aku khuatir andai aku tidak dapat istiqamah beribadat kepadaMu...

Ya Allah...Ya Tuhanku...
Aidilfitri ini...
Aku bersyukur kerana dapat bersama kaluargaku..
Aku gembira mendapat duit raya...
Aku seronok dapat baju baru..
Aku suka dapat kasut baru..
TAPI...
Aku lebih gembira andai....
Engkau menerimaku..
Menerima ibadahku..
Menerima taubatku..
menerima Amalanku..

Ya Allah..
Berkatilah Aidilfitriku pada tahun ini...
Istiqamahkanlah Aku dalam menunaikan ibadah kepadaMu..

Ya Allah..
Kasihanilah Aku...
Sayangilah Aku...
Berkatilah Aku...
dalam menjalani kehidupan selepas Bulan Ramadhan...

Amin Ya Rabbal Alamin....

No comments:

Post a Comment