Wednesday, September 23, 2009

Selamat Tinggal

Esok dah nak balik semenanjung dah..
Tapi..hati ini tidak merelakan..
bukan senang hidup berjauhan dari keluarga..
Terutama sekali apabila memang dari kecil tak pernah berenggang langsung..



Umi..Abah...
Aku pasti merinduimu..

Umi,..
jagalah adik2 yang lain..
pantaulah mereka..
jangan bagi diaorang balik lambat...

Abah..
janganlah selalu marah adik2..
diaorang memang nakal tapi baik..

Ya Allah..
Aku bakal berjauhan dengan keluargaku..
Aku serahkan keselamatan, kesihatan mereka kepadaMu..
Jagalah mereka.. Sihatkanlah tubuh badan mereka..
Berilah petunjuk dan hidayahMu kepada mereka..
Agar mereka sentiasa berada dibawah lembayung rahmatMu..

Ya Allah..
Aku risau akan keluargaku..
Aku bimbang...
Aku tahu, aku terpaksa pergi..

Aku mohon padaMu ya Allah..
Jagalah keluargaku..

Aku akan sentiasa berdoa padaMu..
Aku akan berubah..
Aku akan menjadi seorang wanita, anak dan hambaMu yang solehah..

Hanya kepadMu aku merintih..

Disinilah tempat aku mengadu..
Disinilah tempat aku meluahkan perasaanku..

Aku tidak mahu orang lain tahu perasaanku..


Ya Allah..
Berkatilah perjalananku..
Iringilah perjalananku dengan makfirahMu..

Moga2 aku selamat sampai ke destinasiku..

Saturday, September 19, 2009

Aidilfitri Pertama




Raya pertama??

Hurm...
entah la...

Ya Allah..
Aku gembira dapat beraya bersama keluarga..
tapi, jauh di sudut hatiku..
Aku sedih..
Walaupun ini kali pertama seluruh ahli keluargaku beraya bersama-sama...

Ya Allah..
Aku sebak sewaktu menunaikn solat subuh pagi tadi,..
Aku risau..
Aku risau andai ibadahku di bulan Ramadhan tidak diterima...

Aku juga sebak sewaktu solat sunat hari raya pagi tadi...
Aku khuatir andai aku semakin jauh daripadaMu..
Aku khuatir andai aku tidak dapat istiqamah beribadat kepadaMu...

Ya Allah...Ya Tuhanku...
Aidilfitri ini...
Aku bersyukur kerana dapat bersama kaluargaku..
Aku gembira mendapat duit raya...
Aku seronok dapat baju baru..
Aku suka dapat kasut baru..
TAPI...
Aku lebih gembira andai....
Engkau menerimaku..
Menerima ibadahku..
Menerima taubatku..
menerima Amalanku..

Ya Allah..
Berkatilah Aidilfitriku pada tahun ini...
Istiqamahkanlah Aku dalam menunaikan ibadah kepadaMu..

Ya Allah..
Kasihanilah Aku...
Sayangilah Aku...
Berkatilah Aku...
dalam menjalani kehidupan selepas Bulan Ramadhan...

Amin Ya Rabbal Alamin....

Rintihan hambaMu

Esok raya..
sepatutnya aku gembira..
tapi kali ini tidak..

Aku sedih...
Sangat-sangat sedih...
Walaupun bersama keluarga..

Ya Allah.. ini adalah ramadhan dan aidilfitri terakhir buatku..... di Sarawak..
Sudah hampir 9 tahun aku bermastautin di bumi kenyalang...
Sudah ku pujuk hatiku untuk menerima sarawak..
Namun kini, harus ku pujuk hatiku untuk meninggalkannya buat selama-lamanya...

Ya Allah..
ku tahu pasti ada hikmahnya aku harus berpindah..
Tapi, bagaimana lagi harus ku pujuk hati ini..
Ku mohon padaMu Sang Pencipta...
Tabahkanlah hatiku...
Kuatkanlah semangatku..
Agar aku bisa menerima takdirMu ini..

Salam aidilfitri...