Thursday, August 2, 2012

Ya Allah..!! Dia kelaparan..



Karpet Merah yang tak pernah kulihat dihamparkan pada laluan utama.. 
Perhiasan dewan makan yang sungguh cantik dipamerkan..
Khemah-khemah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan memenuhi ruangan parking kenderaan..


Apakah sedang berlaku??
Patut la..


Hari ini boleh ku katakan hari yang bersejarah buat UiTM.. 
Iftar Ramadhan dihadiri oleh Sultan Selangor sendiri dan juga Tnc UiTM..
Pelajar daripada Puncak Alam dan Puncak Perdana juga diimport untuk hadir..
Hanya Tuhan saja yang tahu betapa tidak 'temteramnya' hatiku sewaktu solat
Kepelbagaian bunyi telah meragut kekhusyukanku untuk berhadapan denganNya..
Lalu, aku ke Masjid Seksyen 17 untuk bertarawikh 
Hanya kerana inginkan berkat solat tersebut yang penuh dengan ketenangan..


Tetapi bukan itu yang ingin ku kongsikan.. Apa yang ingin kutulis ialah ibrah daripada peristiwa buka puasa pada petang tadi.. yang cukup menyentuh hatiku..


Kekecohan bermula pada jam 6.30 petang.. dengan staf yang marah pada aku dan geng-geng yang menguruskan iftar dan dengan kecelaruan penempatan untuk iftar buat semua pelajar yang dijemput.. Aku jadi PANAS sebentar.. Tapi aku tahu, semua orang tengah panas, maka aku ambil jalan untuk berdiam diri.. Diam cukup menenangkan keadaan..
Aku cuba untuk berpegang pada kata-kata tersebut.. hmm... 


Selesai sahaja kami berbuka, dengan kurma, air dan dua jenis kuih dan hendak bangun untuk beredar, Tiba-tiba datang sekumpulan mahasiswa ke meja sebelahh kami, lebih kurang 15 orang.. Mereka datang, terus duduk dan mengambil kurma.. berebut-rebut ingin berbuka puasa..


Sungguh aku sebak, masih ada lagi pelajar yang xdapat untuk berbuka.. walaupun dengan kurma dan air. hatiku berbisik;
Ya Allah..!! Dia Kelaparan..


Terasa ingin menangis saat itu melihat mereka dalam kuantiti yang ramai dan berebut-rebut air dan makanan.. Air mata ini ingin mengalir, tapi ku tahan.. Kasihan mereka.. Tidak betah aku duduk sahaja dan melihat. terus ku arah adik-adik yang lain untuk memberi mereka 2 jug air oren limau dan cari mana-mana kuih yang masih berbaki pada meja yang lain untuk diberikan kepada mereka..


Bagaimana aku bisa duduk dan lihat sedangkan saudara seIslamku sedang kelaparan, hatta di depan mata sekalipun.. Sedangkan aku dan sahabat-sahabatku berbuka dengan sempurna.. aku ni kira Alhamdulillah la, dapat semua.. 



Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Aku sangat menderita. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada salah seorang isteri beliau, tetapi mendapat jawapan: Demi Zat yang mengutusmu membawa kebenaran, aku hanya mempunyai air. Rasulullah bertanya kepada isteri beliau yang lain, tetapi mendapat jawapan yang sama. Dan semua isteri beliau member jawapan yang sama: Tidak. Demi Zat yang mengutusmu membawa kebenaran! Aku tidak mempunyai apa pun selain air. Maka rasulullah pun mengumumkan: Siapakah yang mahu menjamu orang ini semoga Allah merahmatinya. Seorang sahabat dari Ansar berdiri dan berkata: Aku wahai Rasulullah! Lalu diajaknya orang itu ke rumah. Sahabat Ansar itu bertanya kepada isterinya: Apakah kamu mempunyai sesuatu? Isterinya menjawab: Tidak . kecuali makanan anak-anakku. Sahabat itu berkata: Alihkanlah perhatian mereka dengan sesuatu. Nanti kalau tamu kita masuk, padamkanlah lampu dan perlihatkanlah seolah-olah kita sedang makan. Apabila ia hendak makan, maka hampirilah lampu dan matikanlah. Mereka pun duduk sementara tamu mereka makan. Pada keesokan harinya, ketika bertemu nabii s.a.w., beliau bersabda: Allah benar-benar kagum terhadap perbuatan kalian berdua kepada tamu kalian tadi malam (Riwayat Abu Hurairah)

Raikanlah sahabat kita yang sedang lapar. jangan hanya pentingkan diri di saat sahabat-sahabat kita sedang lapar.. 

Aku juga berpeluang untuk solat di ruangan rehat cleaner kerana aku request untuk solat di situ.. bukan apa, atas terlampau sesak dengan manusia.. Tak sanggup ku bersesak dengan bising yang amat membingitkan..

Mak cik cleaner pasti pelik dengan 'requestku' itu. Tapi aku tak peduli, aku tak kisah pun nak solat di mana, asalkan bersih dari najis.. Terasa memahami perasaan menjadi cleaner saat aku solat di 'bilik kecil' kepunyaan mereka di bawah tangga..

Allahurabbi.. tak ku sangka aku berpeluang untuk ke situ.. Sungguh, aku sujud syukur bagi berterima kasih di ata speluang ini.. Ianya juga bagus untuk memperbaiki hati dan merendahkan ego bahawa kita hanya Abdullah.!! Hamba Allah semata-mata..

Jangan riak dan bongkak di atas bumi ini..

::Pesanan buat diri::

No comments:

Post a Comment