Sunday, July 29, 2012

Menangis kerana Allah




Hari ini, buat kesekian kalinya aku menangis lagi..
Menangis dan terus menangis..
Tanpa dapat ku tahan...
Ibarat terduduk dan tak mampu nak bangun




Sepanjang malam aku menangis.. Aku cuba untuk tidak menyalahkan sesiapa dan aku  cuba untuk menerima taqdir ini.. Sesungguhnya ianya AMAT payah.. Hati ini ibarat tidak merelakannya... Allah, bantulah aku...


Aku akur, inilah masa untuk aku bermuhasabah; Tapi tak kusangka ianya akan sehebat ini. Sejujurnya aku katakan, aku tidak cukup kuat untuk hadapinya.. Hadapi sebuah kenyataan..


Beberapa 'nota kecil' dari sahabat telah membuatku 'down' buat seketika.. Dan mereka mengharapkan aku untuk terus gembira seperti selalu keesokannya.. Siapa yang bisa berbuat demikian???


"Cakap memang mudah sis, tapi cuba laksanakannya... Lidah memang tidak bertulang" Aku hanya mampu bermonolog... Tak sanggup untuk berkata apa-apa saat itu..


"Kami menegur kerana ianya tanggungjawab kami dan ramai sahabat yang bercakap benda ni.. Kami menegur kerana kami sayang pada akak".. Aku terpana sebentar..


Aku tak mampu nak buat apa-apa, hanya mampu berkata dalam hati :

"Bukan Ini Caranya..!!"



Beberapa hari aku menjadi murung.. Buku karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Di Hamparan Shamrock; Ku Seru NamaMu menjadi peneman setia..


Ianya berkisar tentang perjalanan hidup Ustaz Hasrizal yang penuh dengan dugaan dan cabaran... Sungguh cekal Ustaz ini.. Jika aku berada di tempatnya, belum pasti aku mampu menjadi sekuat dirinya.. Timbul rasa kagum pada ketabahan dan kebergantungannya kepada Allah dalam menghadapi ujian tersebut..


Beberapa kali aku menangis membaca tulisan beliau; terasa betapa lemahnya aku, baru diuji sedikit aku sudah melatah... Aku mencari sebab kenapa aku di uji sebegitu rupa.. Adakah aku ini teruk sangat?? Adakah aku ni banyak dosa dan hati ku sudah hitam?? Aku bingung. Air mata terus mengalir.


Aku jumpa jawapan yang membuaku sedar.. Bait-bait kata dalam buku tersebut membuatku menangis kesekian kalinya untuk hari itu..

"...Pahit tetapi mujarab untuk 'menjatuhkan diri'. Jatuh ke tanah, sesuai dengan hakikat diri. Rupa-rupanya Allah mahu saya jatuh lebih lagi. Tidak cukup dengan terduduk, perlu tersembam. Bukan mudah mhu menyedarkan diri bahawa engkau hanya Abdullah. Hamba Allah.."

Allah, terasa benar ayat itu, dan kena denganku.. Allah mentaqdirkan buku itu untuk bersama ku saat aku sedang sukar.. Dia mahu aku sedar bahawa aku hanya HAMBA sahaja.. Dia mahu aku tersembam, bukan setakat terduduk.. Barangkali kerana aku semakin ego, sombong dan angkuh di dunia ini..


Allahurabbi.. Aku menghadapi kesukaran untuk menenangkan diri bila terbayangkan betapa banyak dosaku dan Dia mahu aku sedar..


Kini, aku hanya mampu berdoa agar aku diberi kekuatan untuk berhadapan dengan keyakinan kerana hati ku ini mudah sekali untuk rapuh.. Aku cuba untuk redha, tapi untuk kembali seperti dahulu amat payah, kerana luka di hatiku telah meninggalkan parut yang begitu besar dan dalam..
Yes, I do believe that all this wil make sense in the future.. Buat masa sekarang 'silent treatment' menjadi pilihanku.. Aku takut andai hati ini belum benar-benar di ubati, pasti akan menyakitkan hati orang lain..


Pasti ada hikmahnya semua ini berlaku di bulan yang Mulia ini. Aku yakin dan percaya ada cahaya menantiku di hujung terowong ini..


Cuma ingin aku peringatkan pada sahabat-sahabat yang ingin menegur, beristighfarlah sebelum menegur, takut teguran itu menjadi satu teguran yang membunuh, dan bukan membina..


Bak kata pepatah orang putih;


"What Goes Around Comes Around"


Jadi, beringatlah.. Setiap kita akan di uji dengan kata-kata, begitu juga dengan teguran kita pada orang lain.


"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilaihi ra`jiun". Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (al-Baqarah: 155-157)


..La Tahzan. Allah bersamamu..

1 comment:

  1. ~Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia ~

    ReplyDelete