Saturday, July 21, 2012

:::Ramadhan kembali lagi:::



Ramadhan...
Ianya kembali lagi..
Ramadhan kali ini terasa sunyi sekali..
Kehadirannya hampir-hampir tidak dirasai..
Seolah-olah ianya bulan yang mendatang seperti bulan-bulan yang sebelumnya..

Persiapan untuk Ramadhan pun aku tak buat..
Tapi, aku sering berdoa;

"Ya Allah, tingkatkanlah imanku di bulan ini...  Bantulah aku agar puasa ku di bulan ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.. Aku tidak kuat untuk hadapinya.. Aku takut aku tewas.. Imanku hanyalah senipis kulit bawang, menanti masa untuk rosak.. Maka, bantulah aku Ya Allah...

Aku harap sangat agar Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lepas.. Umurku sudah hampir 23 tahun, aku khuatir andai tiada lagi Ramadhan buatku selepas ini.."



Ramadhan pertama aku sambut bersama keluargaku.. Terasa meriah, Indah dan seronok sekali berpuasa bersama keluarga.. Sudah hampir 2 bulan aku tidak ketemu mereka.. Walaupun rumah dekat, tapi jarang-jarang berada di rumah..


Ramadhan pertama tahun ini sangat bermakna buatku.. Semua ahli keluargaku berkumpul di rumah.. Memang susah nak kumpulkan 9 beradik pada satu masa..


Terima kasih Allah.. Aku bersyukur walaupun masaku di sini tidak lama.. Walaupun esok aku akan bertolak ke Shah Alam..


Azamku Ramadhan ini adalah untuk mengqada`kan semua solat-solat fardhu yang tidak lengkap semenjak aku baligh lagi.. 


Ya Allah, Ramadhan membawa seribu makna, sejuta kelebihan dan tidak ternilai maknanya andai kita menghayatinya.. Seperti sabda Rasulullah s.a.w;


"Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka di tutup, syaitan dirantai."


Ini adalah bulan di mana kita dapat menilai siapa diri kita sebenar.. Bagaimana kita lalui kehidupan kita di dunia ini.. Adakah dalam jalanNya atau tidak..


Muhasabahlah kembali sahabat-sahabatku.. Jangan jadikan bulan ini seperti bulan-bulan sebelum ini..Ubahlah diri.. Perbaiki lah amalan.. Menangislah Kerana Allah di bulan ini..

"Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadhan, apabila habis Ramadhan, hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan dosa-dosanya.." (Hadis Rasulullah)

Hidup kita di dunia ini tidak lama, Allah boleh tarik nyawa kita bila-bila masa sahaja yang Dia nak..Tidakkah sahabat-sahabat mahu andai kita mati dalam keadaan kita beriman padaNya?? 


Kadang-kadang Allah berikan hujan dan ribut pada kita.. Sesekali Allah kurniakan petir.. Kita jadi risau, sedih, takut.. Tapi, selepas hujan, rupa-rupanya Allah hadiahkan kita bulan..


Barangkali, inilah 'bulan' tersebut..


Sahabat-sahabatku.. banyakkanlah baca doa ini;


"Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku"


Jangan, apabila habis bulan Ramadhan, Al-quran tidak khatam, Qiamullail tidak dilaksanakan, Solat tidak khusyuk, Puasa tidak sempurna, Amalan tidak dipertingkat, Hubungan tidak diperbaiki dan Semuanya menjadi sia-sia..


Aku menyeru pada semua yang membaca blogku.. Jangan biar Ramadhan tinggalkan kita dalam keadaan dosa kita tidak di ampun..




::Salam Ramadhan::

2 comments:

  1. Ramadhan Kareem...alhamdulillah akhirnya dapat gak mnyambut ramadhan dirumah :),moga2 Ramadhan kali ini mendekatkan lagi diri kita kpd Allah taala dan beroleh keampunan Allah...Bersyukur sgt masih lg diberi bnafas dibulan yg penuh barakah ni..sirru a'la barakatillah :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih Nia Wirdah..

    Ramadhan tidak akan tunggu kita.. Allah juga tidak perlukan kita..

    Tapi, sebagai hamba, kita perlukan Allah.. Ambillah kesempatan ini untuk beribadat padaNya..

    ~Semoga amalan kita sentiasa diterima olehNya~

    ReplyDelete