Thursday, August 9, 2012

Ibarat Jatuh ditimpa tangga

Inilah pepatah yang amat sesuai buatku...
Aku bukan setakat jatuh, tapi ditimpa tangga..
Allahurabbi...

Aku jatuh sakit buat kali kedua, barangkali akibat tekanan jiwa yang melampau..
Demam panas, selsema teruk dan sakit kepala..
Aku terpaksa telan panadol 3 hari berturut-turut untuk membolehkan aku tidur..


Kadang-kala aku mengeluh, kenapa hidupku penuh dengan dugaan, tekanan yang sampai satu tahap, aku hampir berputus asa.. Sesak dadaku.. Hampir buta aku rasa kerana terlampau banyak air mata yang mengalir, membuatku sentiasa dalam keadaan penat dan tak bermaya..

Hidupku dari kecil sehingga dewasa tak pernah kering daripada tekanan.. Sampai terkadang aku mempersoalkan, kenapa aku? kenapa hidupku sentiasa dalam air mata dan pertelingkahan..

Ramai yang selalu 'condemn' aku tanpa mengetahui apa-apa atau bertanya kepadaku..
Ya, aku tahu.. aku banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.. Aku bukan manusia maksum, yang sempurna.. Maka, kenapa kalian tidak boleh terima aku seadanya seperti mana aku cuba untuk terima kalian seadanya??

Walau aku tak mampu, akan ku PAKSA diri ini untuk terima kelemahan kalian, kerana aku juga mahu kalian terima kekurangan diriku..

Tekanan yang kuhadapi sepanjang 23 tahun hidupku menjadikanku agak "KERAS" dan "EGO" dalam pergaulan.. terutama sekali dengan lelaki.. ini kerana aku tidak ada satu pun sejarah manis berhubung dengan lelaki.. 

Dulu akuu sering dibuli sehingga setiap hari aku menangis.. Kini, aku menjadi 'pembuli'.. Aku menjadi keras hati, mulut laser dan tak peduli pada yang lain.. 

Aku sering di caci, di marah dan di herdik.. Zaman persekolahanku juga bukan sesuatu yangg enak untuk dikenang.. Bahkan, kalau diberi peluang, ingin sekali aku lupakan apa yang pernah berlaku dalam hidupku..

Selalu sangat adik-adik kata aku ni tak suka senyum dan serious..

Ya, Aku setuju.. Memang sekarang aku amat payah untuk gembira.. Kerana aku takut bilamana aku gembira, pasti sesuatu yang buruk menantiku selepas itu.. Aku menjadi trauma pada sejarah lampau.. membuatkan aku semakin lemah dari hari ke hari...

Alhamdulillah, hari ini aku berjaya untuk lalui sedikit demi sedikit dengan pertolonganNya...

Cuma aku agak terkilan, Mereka mengutuk aku tanpa mengetahui tentangku.. Jika anda RASA anda mengenaliku, Anda SALAH..

Aku adalahs seorang yang kuat beRAHSIA.. 


Ingin ku katakan kepada dunia yang sentiasa tidak adil padaku.!!
"Akan ku hadapi segala rintangan, cacian, kutukan dan halangan daripada kalian dengan pertolongan dariNya.. Aku tahu Allah ingin dekatkan aku padaNya dan menjadikan aku seorang yang tabah di dunia ini.. Aku TIDAK akan sekali-kali mengalah walau sekuat mana pun badai menimpa.. Kerana Aku ada Dia.. Kalian tidak berhak mengatakan begini dan begitu padaku. Tapi berkatalah padaNya.. kerana Hanya Dia yang mampu mengubah hatiku ini.."

:::Don't Judge A Book By Its Cover!!!:::

No comments:

Post a Comment