Saturday, June 23, 2012

Aku dan PMH

Assalamualaikum...
Terasa lama aku xupdate di blog ini.. Busy dengan kehidupan harian sehingga lupa pada kewujudan blog ini.. Bila terlihat ramai sahabat-sahabat mengupdate blog mereka, baru ku sedar betapa lama blog ini ditinggalkan sepi..


Hari ini Allah mengajarku apa itu erti ukhwah.. Ukhwah yang bisa membuatku menitiskan air mata saat melihat mereka.. Ukhwah yang bisa membuatku tertawa saat bersama mereka.. Semua ini hanya dapat dialami jika kita benar-benar berukhwah kerana Allah dan bukan atas sebab-sebab duniawi..


Hampir 4 bulan aku sah menjadi Timbalan Presiden 2 Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH), tapi belum pernah aku merasa ukhwah seperti ini bersama family PMHku.. Allahurabbi...

Menjadi Pemimpin bukan beerti aku boleh mengarah sesuka hati.. Tapi menjadi pemimpin adalah satu proses memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.. Setiap daripada pemimpin akan dipersoalkan mengenai kepimpinannya..
“Tiap-Tiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertangung jawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan, bertanggungjawab kepada majikannya, setiap kamu adalah pemimpin, dan bertanggungjawab kepada apa yang dipimpinnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Wahai sahabatku, bantu lah aku untuk melaksanakan amanah yang Allah taklifkan padaku..Aku takut andai tak mampu untuk laksanakannya..

 Ayuh!! Eratkan ukhwah agar ia manjadi lebih manis daripada madu dan lebih bermanfaat daripada ilmu..
Inilah wajah-wajah sahabat-sahabat family PMH 2012. tanpa kalian siapalah aku. Tanpa kalian, tiadalah Kepimpinan~





 



"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."Imam Al-Ghazali


-Sejujurnya, aku sayang pada kalian ikhlas kerana Allah-  ^_^

No comments:

Post a Comment