Monday, June 25, 2012

nUmBEr oNe FoR Me..!!




"Alhamdulillah umi, baru hantar FYP.. Nabilah penat sangat.. Lusa dah start first final paper. Doakan blajar mudah masuk.." Mesej yang ku hantar pada ummiku...


Terasa bersyukur saat masa yang ditunggu telah tiba.. Masa untuk fokus pada FINAL.. Tapi pada masa yang sama, aku takut tak dapat nak habiskan apa yang aku belajar dalam masa yang sangat singkat..


Sejurus mesej dihantar, aku terlelap. Sungguh, aku rasa nikmatnya dapat berehat tanpa mmikirkan tentang hal-hal duniawi.. 2 hari aku tahan daripada tidur semata-mata nak menyiapkan FYP.. Aku hanya terjaga selepas 5 jam tidur yang tidak diganggu langsung. sungguh nyenyak tidurku.. Hanya untuk mendapatkan sedikit rehat sebelum menyambung masa untuk belajar..


"Ok. yang lepas biarkan berlalu. Berserah pada Allah. Tumpukan pada exam. Ujian Allah tu setimpal dengan kemampuan seseorang itu. Allah Maha adil lagi Maha Mengetahui"


Terasa sebak saat mata melihat kata-kata yang dihantar oleh ummiku.. terasa bersyukur sangat-sangat kerana mmpunyaii seorang ibu spertinya.. Dialah ibuku, juga kawan rapatku.. tempat aku meluahkan rasa penatku, tempat aku mengadu saat aku rasa ingin berbicara.. Walau berapa pun umurku, aku masih memerlukan ibuku setiap masa.. 




Dialah juga yang mengingatkan aku, bahawa aku masih mempunyai Dia sebagai tempat mengadu.. Dia akan ada di sisiku setiap masa untuk mendengar rintihan dan luahan hatiku.. walau aku tidak mengadu padaNya, Dia tahu apa isi hatiku..


Pernah, hari tajuk FYPku terpaksa ditukar, ibuku cuba menceriakan diriku ini..


"Lemah je suara, tak seronok la cakap ngan kamu.. lembik semacam jer.."


Tersentak hati ini, bahawa aku mudah sangat mengalah saat aku diuji.. Ya Allah!! aku hambaMu yang lemah, terima kasih kerana menegurku saat aku hilang kekuatan. 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang merka belum diuji? (Al-Ankabut :2)


Bila mana aku rasa ingin menangis, aku teringat kembali kata-kata yang ummiku pernah hantar padaku..


"Try your very best, Its ok to cry if crying can release your tension and solve your problem. Good luck. Pray hard to Allah. He'll answer your prayer.."


Ayat ini ibarat satu motivasi buatku.. Kita, hambaNya yang kerdil, tak mampu nak lakukan sesuatu tanpa bantuan dan pertolongan daripadaNya.. Haruslah di ingati bahawa Allah itu Maha adil. Dia tidak akan menyusahkan kita..


Ujian yang Dia hantar kepada kita adalah tidak lain tidak bukan, untuk mendekatkan diri kita padaNya.. Manusia ini, hanya akan tersedar bila mana dia diuji.. Hanya akan kembali memohon padaNya bila mana berada dalam kesusahan. Hanya akan mengadu meminta pertolongan daripadaNya bilamana dia buntu tiada jalan keluar.. Bila mana berada dalam dilema, sesat dalam membuat perhitungan dan rebah dalam mainan duniawi..


Jangan Kalah sahabat-sahabatku..!! (Juga peringatan buat diriku)



"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)" (Al-Qamar:49)





Ya Allah, andai diri ini tidak seperti dulu, saat aku mula mngenalimu, ampunilah dosaku.. Dosa yang sering aku lakukan.. Tiap masa, tiap saat, tiap hari dan tiap tahun.. Dosa yang semakin hari semakin menghitamkan hatiku..


Bersihkan lah hatiku, agar ia kembali putih, agar ia kembali lembut untuk meghayati setiap peringatan dan pengajaran daripadaMu..


Aku bersyukur..
Aku ada seorang ibu yang menyokong ku dari belakang..
Menolakku ke hadapan saat aku terpaku dan ingin berpatah kembali..
Menarikku saat aku lambat, lalai dan alpa dengan duniawi..
Menyedarkan ku saat aku hilang pertimbangan..
Dan..
Mengingatkan ku kembali bahawa aku ada Mu saat aku merasa duniaku semakin gelap..


“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku ditimpa kepayahan, dan engkaulah yang Maha Mengasihani.” (Al-Anbiya : 83)


Jagalah ibuku bagi pihakku...
Bantulah dia saat aku tidak bisa membantunya..
Sayangilah dia lebih daripada dia menyayangiku...
Berilah kekuatan padanya saat dia terasa lemah dan tidak bermaya...
Bisikkanlah pada telinganya bahawa Aku sayang padanya..
Detikkanlah pada hatinya bahawa Engkau dekat dengannya...


Kerana...


She is Number One For Me.. Number One.. Number One..
AND No one Can EVER replaced her..



~Umi, I Luv You So much..~

No comments:

Post a Comment